Orang Kampung Ditipu Untuk Hadir Perhimpunan Bersih


KECEWA: Saao (kiri) bersama penduduk dari Simunjan hanya duduk menunggu di bangunan kedai makan pasar Song Kheng Hai.
KUCHING: Hasrat 50 penduduk dari Simunjan untuk bersiar-siar di bandar raya ini tidak tercapai apabila kesemua mereka dibawa untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4.0 di padang Song Kheng Hai di sini, semalam.

Saao Nad dari Kampung Sungai Langkau, Simunjan yang ditemui semalam berkata, pada asalnya mereka hanya dimaklum akan dibawa bersiar-siar ke bandar raya Kuching.

Saao sebelum ini tidak pernah pergi ke bandar raya Kuching, justeru beliau sangat teruja untuk mengikuti rombangan tersebut.

“Kesemua kami menggunakan dua bas yang pada asalnya dimaklum akan dibawa bersiar-siar ke Kuching tetapi sebaliknya dihantar ke padang ini.

“Inilah kali pertama saya datang ke sini.

Saya tidak tahu mengapa kami dibawa ke sini (padang Song Kheng Hai),” katanya dengan nada kecewa selepas mendapati dirinya dan penduduk lain tertipu dengan lawatan ke bandar raya Kuching.

Malah, beliau memberitahu lebih merisaukan mereka tidak mengetahui sama ada terpaksa bermalam di situ atau dihantar pulang ke Simunjan.

“Kita tidak tahu sama ada terpaksa ikut bermalam di sini atau pulang ke kampung kerana kami hanya mengikut orang (yang bertanggungjawab) sahaja,” jelasnya.

Disebabkan faktor umur dan kesihatan, Saao bersama penduduk dari Simunjan yang lain termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun hanya duduk menunggu di bangunan kedai makan pasar Song Kheng Hai.

Rombongan dari Simunjan yang menggunakan dua bas itu semalam dari empat kampung iaitu Kampung Temiang, Kampung Malanjok, Kampung Sungai Langkau dan Kampung Segunduk.

Sementara itu, menurut seorang lagi penduduk dari Simunjan yang enggan namanya disiarkan, segelintir daripada mereka mengetahui perkara itu dari awal lagi.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget