Pemuda SPDP sokong gabung dengan PRS

BINTULU: Pergerakan Pemuda Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menyokong penuh usaha penggabungan SPDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dalam usaha mengukuh kekuatan parti dalam komponen Barisan Nasional (BN), kata Ketua Pemudanya, Robert Ayu.

Beliau berkata, ketika mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (SMT) SPDP di Kuching pada Ahad lalu (16 Ogos) telah tercapai kata persetujuan menerus usaha penggabungan kedua-dua parti itu pada masa akan datang.

“Kita di bahagian pergerakan Pemuda SPDP menyokong penuh usaha kedua-dua pihak bergabung ke arah mengukuh jentera kekuatan parti bernaung di bawah kepimpinan BN.

“Ini membolehkannya menjadi sebuah parti mantap dan berkaliber dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat negeri ini khusus penyokong kedua-dua parti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media diadakan sejurus selesai mempengerusi Mesyuarat Tritahunan Pergerakan Pemuda SPDP yang diadakan bertempat di Pejabat SPDP di Pusat Komersil Parkcity di sini, petang semalam.

Beliau menggesa semua ahli SPDP agar memberi keyakinan kepada Presidennya, Dato’ Seri Tiong King Sing dan Presiden PRS, Tan Sri William Mawan Ikom membincang langkah selanjut usaha penggabungan kedua-dua parti berkenaan.

Sambil menjelaskan bahawa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) juga merupakan rakan seperjuangan baik dan rapat selain PRS, Robert berharap ketiga-tiga parti akan meneruskan perjuangan bersama komponen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang sememangnya menjadi kekuatan kepada BN di negeri ini.

“Kita semua maklum bahawa presiden bagi ketiga-tiga parti terbabit mempunyai talian serta hubungan amat baik antara satu sama lain. kekuatannya wajar diperkasa dari semasa ke semasa demi kepentingan BN,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyokong kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang memohon agar negeri ini diberikan lebih kuasa autonomi sejak Sabah dan Sarawak menyertai penubuhan Malaysia pada 1963.

“Di samping itu, SPDP memberi sokongan penuh terhadap penekanan Bahasa Inggeris di negeri ini, kebebasan beragama, undang-undang imegresen dan apa paling penting ialah setiap jawatan besar jabatan kerajaan harus dipangku anak jati tempatan negeri ini,” jelas beliau.

Bercakap mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu di negeri ini, beliau berkata, ahli Pemuda SPDP telah menyatakan hasrat meminta dua daripada enam kerusi DUN baharu di negeri ini iaitu bagi DUN Samalaju dan Mulu dan enam kerusi DUN berkenaan bagaimanapun diberi kepada PBB.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

"Beliau menggesa semua ahli SPDP agar memberi keyakinan kepada Presidennya, Dato’ Seri Tiong King Sing dan Presiden PRS, Tan Sri William Mawan Ikom membincang langkah selanjut usaha penggabungan kedua-dua parti berkenaan."

Presiden PRS bukan mawan la.....James Jemut Masing. Editor tidur ka?

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget