Kegiatan korek pasir secara haram tumpas, nilai rampasan RM4.5 juta



KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima menumpaskan satu kegiatan mengorek pasir secara haram dalam Ops Pensura di kawasan perairan Sungai Bukit Aup, Batang Igan dekat Sibu semalam.

Komander PPM Wilayah Lima Sarawak ACP N Kalai Chelvan berkata serbuan pada jam 2.30 petang itu, turut membawa kepada rampasan pasir dan peralatan yang digunakan untuk menjalankan kegiatan itu dianggarkan bernilai RM4.5 juta.

“Semasa menjalankan tugas risikan dan Ops Pensura yang diketuai ASP Muhammad Sallam bersama empat anggota, Unit Risikan Marin dan tiga anggota PPM Sarikei menggunakan dua buah bot, pasukan operasi telah menahan sebuah bot tunda dan sebuah tongkang yang sedang menjalankan aktiviti pengorekan pasir.

“Setelah diperiksa lanjut, didapati kapal tersebut beroperasi tanpa permit atau lesen yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Bel iau berkata PPM Wilayah Lima kemudiannya bertindak merampas bot tunda, tongkang, dua kren serta muatan pasir tersebut.

Beliau berkata semua suspek serta rampasan diserahkan kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarikei dan kes disiasat di bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri Sarawak.

Kalai Chelvan berkata dalam operasi yang sama, pasukannya turut menahan tiga pekerja lelaki bot tunda dan tongkang tersebut, dua daripadanya warganegara India dan seorang warga Sri Lanka selepas mendapati mereka melakukan kesalahan permit kerja.

“Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sg Merah, Sibu.

Mereka telah ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya. — Bernama
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget