'Peserta Melayu tak bermakna mereka sokong Najib'


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, dakwaan yang mengatakan perhimpunan Bersih 4.0 didominasi kaum Cina dan wujudnya propoganda perkaumanan adalah tidak benar. 

‎Ujarnya, tuduhan itu sengaja dicetuskan sedangkan hakikatnya 30 peratus daripada peserta Bersih 4.0 adalah orang Melayu.

“Bukan semua Melayu yang tak hadir itu menyokong dan bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa yang saya sendiri tinjau ialah 30 peratus peserta perhimpunan adalah orang Melayu. Jadi tidak timbul sama sekali propaganda perkauman," katanya pagi ini ketika berucap di Dataran Merdeka, pagi tadi.

Menggulas lanjut, Khalid berkata ‎oleh kerana perhimpunan kali ini bertambah ramai sehingga menyebabkan penyokong Melayu nampak berkurangan.

Himpunan Bersih 4.0 berlangsung selama dua hari, hari ini merupakan hari terakhir Himpunan ini yang mana akan tamat pada pukul 12 malam ini.

Setakat ini himpunan berlangsung aman, dan peserta makin bertambah dari semasa ke semasa.

- Sinar Online

Post a Comment

Tak bermakna sokong Najib pun tak apa lah asal jangan sokong DAP dan Mahathir.

Apa lagi Khalid nak cakap,kalau tidak terserlah lah pada DAP GHB tak dapa sokongan Melayu Islam.Dap yg mengharapkan GHB mampu membawa orang melayu jadi barua DAp akan 'murka' tari subsidi nanti.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget