MT PRS akan bermesyuarat bincang hasrat SPDP bergabung dengan PRS



SANTUBONG: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan secara ter-perinci mengenai hasrat Parti Demoraktik Progresif Sarawak (SPDP) untuk ber-gabung dengan PRS.

Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata mesyuarat tersebut perlu di-adakan bagi mendapatkan maklum balas menyeluruh daripada ahli MT parti ber-hubung cadangan penggabun-gan oleh salah satu daripada rakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

“Ketua Pemuda dan Wanita parti telah mengulas men-genai perkara ini dan bagi saya sendiri, saya perlu berbincang secara terperinci akan hal ini bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi parti.

“Ini kerana pandangan saya mungkin tidak seperti yang ahli-ahli Majlis Tertinggi lain rasakan dan sebab itu perbin-cangan harus dilakukan bagi mencapai kesepakatan antara kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pen-yampaian hadiah bagi Kejo-hanan Golf Terbuka Master Amatur Sarawak Edisi Ke-8 2015 di Damai Golf & Country Club di sini semalam.

Tambah Masing, selain membincangkan mengenai penggabungan antara SPDP dan PRS, mesyuarat itu nanti akan menyentuh mengenai 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu yang akan diwujudkan.

Sebelas kerusi DUN baharu yangdisyorkanolehSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah Batu Kitang, Stakan, Serembu, Tri-boh, Gedong, Kabong, Tellian, Selirik, Murum, Samalaju dan Long Lama.

Masing yang juga Menteri Kanan dan Menteri Kema-juan Tanah turut mengulangi pendirian mereka terhadap idea ‘Merger of Minds’ yang dicapai antara parti itu dengan SPDP dan Parti Rakyat Ber-satu Sarawak (SUPP).

“Idea ‘Merger fo Minds’ masih lagi relevan kepada PRS, SPDP dan SUPP malah ia akan menjadi pegangan kami demi kepentingan BN.

“Malah pada kejohanan golf kali ini anda dapat lihat pembabitan peserta daripada PRS, SPDP dan SUPP yang mencerminkan akan seman-gat satu hati antara kami bu-kan sahaja dalam politik.

“Jika anda menyatakan ba-hawa anda adalah ‘Merger of Minds’, ia bukan sahaja men-genai politik tetapi kita harus sepakat dalam bidang lain termasuk sukan,” ujarnya. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget