Dengan pengunduran Jabu, Adenan berpeluang membuat pilihan terbaik



FOKUS SARAWAK: Apabila Ketua Menteri dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Adenan Satem berkata partinya akan menampilkan wajah baru bagi menggantikan beberapa muka lama pada pilihanraya negeri (PRN) ke-11, ramai bertanya adakah salah seorang yang dimaksudkan adalah timbalannya, Alfred Jabu.

Mereka bertanya bukan kerana tidak bersetuju dengan apa-apa langkah untuk menggugurkan Jabu, tokoh Dayak paling lama yang menjadi timbalan ketua menteri dan timbalan presiden PBB.

Tidak, mereka tidak akan membuat petisyen meminta Adenan mengekalkannya. Mereka juga tidak akan turun ke jalanraya bersama sepanduk untuk mendesak Jabu kekal sebagai timbalan dalam kerajaan negeri dan parti.

Mereka tidak akan melakukan tindakan seperti itu. Sebaliknya, mereka – maksudnya masyarakat Dayak – sudah tidak sabar lagi untuk melihat muka lama itu berundur. Ini kerana sudah terlalu lama Jabu memegang kedudukannya, melebihi tempoh yang sepatutnya.

Ada pemimpin-pemimpin Dayak lain yang menunggu, ternanti-nanti peluang untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada kemakmuran dan kemajuan negeri.

Malah ketika Adenan dinamakan sebagai ketua menteri, masyarakat Dayak sebenarnya berharap agar Jabu diminta secara baik untuk bersara bersama-sama bos “kesayangannya” sekian lama, iaitu Abdul Taib Mahmud yang kini menjadi Yang di-Pertua Negeri.

Namun ramai yang kecewa apabila ia tidak berlaku. Pengunduran ketika itu pasti akan turut memberi kebaikan kepada dirinya. Tindakannya untuk terus kekal adalah satu kesilapan memandangkan beliau dan Adenan ibarat minyak dan air – beliau adalah minyak, Adenan pula airnya.

Dan seperti air, Adenan yang dinamik tidak memerlukan minyak. Jika Jabu diminta berundur, ini kerana beliau sendiri sedar yang beliau tidak membantu Adenan dan Adenan pula bukanlah bos yang sesuai untuknya.

Demi kebaikan dirinya serta sayap Pesaka PBB – yang agak kurang pemimpin muda berbanding sayap Bumiputera – Jabu juga patut membawa bersama muka lama seperti Gramong Juna dan Ambrose Blikau.

Manyin JawongManyin Jawong
Persaraan Jabu akan memudahkan Adenan untuk membentuk Kabinet tanpa banyak halangan – sesuatu yang benar-benar diperlukannya.

Adenan tidak akan perlu menanggung aib untuk memberitahu Jabu sendiri bahawa beliau tidak termasuk dalam Kabinetnya; beliau boleh terus memilih timbalan ketua menteri baru tanpa rasa bersalah.

Dan mana-mana pemimpin Dayak boleh menjadi penggantinya. Dengan Jabu tiada lagi dalam perkiraan, pilihan terbaik Adenan pada masa ini adalah Michael Manyin Jawong.

Dari segi akademik, Manyin memang berkelayakan tinggi. Beliau juga berpengalaman memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan serta telah membuktikan kemampuannya.

Banyak perkara yang ingin dilakukan Adenan jika beliau mendapat mandat yang kuat daripada pengundi pada PRN akan datang.

Untuk itu, beliau memerlukan pemimpin Pesaka yang mempunyai rekod yang baik sebagai timbalan. Manyin adalah orangnya.

Jika Adenan perlu menarik sokongan masyarakat Iban sebagai etnik terbesar di negeri itu, beliau boleh sahaja melantik presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dr James Masing sebagai Timbalan Ketua Menteri II.

Pengunduran Jabu boleh menjadi salah satu sumbangan terbesarnya kepada politik Sarawak. Ia akan memberi ruang yang diperlukan Adenan untuk melaksanakan agenda politiknya.

Walaupun warga Sarawak mungkin tidak akan menyatakan penghargaannya kepada Jabu, Adenan sekurang-kurangny aada satu sebab yang baik untuk memuji timbalannya itu – iaitu kesanggupan menamatkan kerjaya politiknya sendiri.-The Ant Daily (Jimmy Adit)

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget