Hadi: Wakil rakyat PAS ingkar baiah akan dilaknat


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata wakil rakyat PAS yang gagal mematuhi sumpah baiah perlu bersedia menerima laknat oleh Allah dan Rasulullah SAW.

Katanya, lafaz sumpah taat setia kepada parti terkandung dalam baiah yang ditandatangani sebelum bersetuju menjadi calon atas tiket PAS pada pilihan raya umum lalu, sama ada menang atau kalah, lapor Berita Harian hari ini.

"Setiap wakil rakyat PAS ada sumpah... baiah.

"Itu adalah satu sumpah jika mereka tidak patuh kepada parti dan arahan parti, mereka akan dilaknat.

"(Itu) mereka sebut sendiri dan mereka (perlu) mengosongkan kawasan. Itu kawasan yang mereka buat," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Penegasan itu diberikan ekoran beberapa wakil rakyat PAS yang disingkirkan dalam pemilihan parti, membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dan bercadang mahu menubuhkan parti Islam baru yang bakal diumumkan pada 31 Ogos ini.

Susulan itu juga, kepimpinan PAS di beberapa kawasan di Selangor dan Johor meletakkan jawatan dan mengumumkan untuk menyertai parti Islam itu selepas ini.

- Malaysiakini

Post a Comment

Jangan bimbang pasal baiah. PAS memang dah dilaknati Allah kerana perjuangannya tidak selari dengan Islam. Nabi tak pernah menyuruh umatnya berpecah belah, cerca mencerca sesama sendiri, kutuk mengutuk, fitnah menfitnah, pecat memecat. Islamnya hanya dimulut. Perbuatannya x pernah Islam.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget