Dalang mahu guling k'jaan takut dirakam media

Tokoh Umno yang didakwa merancang untuk menggulingkan kerajaan tidak hadir bertemu perdana menteri pada hari yang dijanjikan kerana dia enggan wajahnya dirakam media.

Menjelaskan perkara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau hadir ketika perbincangan untuk mempertemukan individu dirahsiakan itu dengan Datuk Seri Najib Razak dibuat.

"Dia tidak hadir kerana tidak mahu gambarnya diambil media," kata Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas merasmikan mesyuarat Umno Sekijang, Johor hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian sebagai mengulas persoalan apakah benar wujud dalang mahu menggulingkan kerajaan seperti mana yang didakwa sebelum ini.

Ahmad Zahid sebelum ini mendedahkan ada rancangan untuk tokoh terbabit mengadakan pertemuan dengan Najib.

Katanya, pemimpin berkenaan telah sedar kesalahannya dan bersedia untuk bertemu dengan Najib dan pertemuan itu dijangka diadakan 6 petang.

Bagaimanapun, pertemuan dijanjikan itu tidak berlaku kerana tiada sesiapa hadir pada hari dan waktu yang dijanjikan.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget