Peniaga kaki lima bantah kenaikan sewa lot niaga

RM200 setiap lot untuk tiga hari disifat sangat membeban khasnya mereka yang berniaga kecil-kecilan
MINTA CAMPUR TANGAN KERAJAAN: Peniaga kecil-kecilan yang mengikuti bantahan semalam mengenai kenaikan sewa lot melampau sehingga RM200 untuk tiga hari setiap kali karnival berlangsung berbanding hanya RM50 tahun lepas.

KUCHING: Pada tahun lepas mereka hanya dikenakan sewa RM50 untuk setiap lot bagi tempoh tiga hari berniaga namun kini sewa dinaikkan sehingga RM200 setiap lot untuk tempoh yang sama.

Dengan keadaan ekonomi tidak menentu selain kos pengangkutan yang tinggi bagi mereka bergerak, kenaikan melampau sangat membebankan khasnya mereka yang berniaga kecil-kecilan.

Demikian keluhan lebih 150 peniaga kecilan di sekitar Kuching berhubung tindakan pihak berkuasa tempatan yang didakwa menaikkan kadar sewa lot terlalu tinggi bagi setiap kali karnival berlangsung.

Menurut jurucakap peniaga seluruh Sarawak, Abdul Rahman Hassan, rata-rata peniaga terutama berniaga di kaki lima merungut wujudnya kenaikan lot sewa tapak yang dilihat melampau kepada mereka.

“Terbaharu Ekspo Jualan di Lundu yang berlangsung pada 29 hingga 31 Ogos ini, memberi tekanan kepada peniaga dengan kadar sewa melampau iaitu RM200 untuk satu kanopi biru (10’x10’) berbanding hanya RM50 pada tahun lepas.

“Pihak penganjur termasuk majlis daerah, pejabat residen atau agensi kerajaan harus mencontohi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang menawar tapak jualan dengan harga rendah setiap tahun misalnya bagi kanopi saiz sama (10’x10’) mereka hanya mengenakan RM15 hingga RM25 bagi tempoh tiga hari,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan bantahan terhadap caj sewa gerai yang disertai Pengerusi Persatuan Jelajah Usahawan (PJU) Azmi Ahmad Shukri, Bendahari Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KUBSB) Iskandar Dollah dan wakil peniaga Cina, Tan Jah Jiun di sini, semalam.

Menurut Abdul Rahman, bukan sahaja Pesta Lundu, bahkan juga kenaikan melampau itu turut dikenakan setiap Karnival Pesta Layang-Layang Bintulu, Pesta Kaul, Pesta Limau, Pesta Benak dan Pesta Nenas.

Ia menurut beliau dianjur agensi kerajaan serta agensi swasta atau syarikat pengurusan acara swasta, yang memberi tekanan kepada peniaga di seluruh Sarawak.

“Maka itu kami berharap kerajaan khasnya Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk campur tangan dalam menyelesaikan masalah peniaga kaki lima di seluruh negeri.

“Untuk makluman 90 peratus daripada peniaga kaki lima adalah kaum Bumiputera dan berharap kerajaan memberi perhatian bebanan kami,” katanya.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget