DAP guna BERSIH 4 kutuk pentadbiran Najib


KUCHING: Pemimpin DAP menggunakan perhimpunan BERSIH 4 sebagai platform untuk mengutuk pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada perhimpunan yang berlarutan sehingga ke tengah malam kelmarin, pemimpin DAP bergilir-gilir menyampaikan ceramah mereka di hadapan penyokong dan pengikutnya di Padang Song Kheng Hai.

Antara yang lantang bersuara pada malam itu ialah Ahli Parlimen Stampin Julian Tan yang menggunakan sepenuhnya peluang tersebut menyampaikan ceramah politiknya.

Dalam ceramah singkatnya namun penuh dengan sindiran, Julian berkata bukan sahaja rakyat malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga turun padang memberi sokongan kepada BERSIH 4.

Mengapa?. Ini kerana menurut Julian, rakyat serta Tun Mahathir malahan orang UMNO sendiri sudah tidak percaya dengan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Najib.

“Sebelum saya turun menyertai BERSIH 4 saya telah membaca akhbar New York Times dan saya dapati Perdana Menteri kita sangat terkenal di akhbar ini tetapi dengan cerita yang tidak baik.

“Hari ini, kita semua berkumpul dengan satu tujuan iaitu untuk menyelamatkan negara kita Malaysia daripada tangan yang kotor,” dakwanya.

Dalam pada itu peserta perhimpunan Bersih 4 terus berkumpul di Padang Song Kheng Hai malam kelmarin sebelum diarahkan bersurai oleh jawatankuasa penganjur pada jam 12 tengah malam.

Difahamkan arahan untuk bersurai itu dibuat oleh jawatankuasa penganjur selepas berlakunya pertelingkahan antara penganjur dan pemimpin DAP yang mengadakan ceramah melebihi waktu dihadkan.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget