Pendapatan isi rumah bulanan meningkat


Kadar kemiskinan di Sarawak juga menurun pada kadar bawah satu peratus pada 2014

KUCHING: Ketua Perangkaan Malaysia Datuk Dr Abdul Rahman Hasan berkata pendapatan isi rumah bulanan di Sarawak telah meningkat sebanyak tujuh peratus daripada RM4,293 pada 2012 kepada RM4,934 pada 2014.

Beliau menambah peningkatan pendapatan ini turut dinikmati oleh golongan berpendapatan bawah 40 peratus (B40) di mana pendapatan purata telah meningkat sebanyak 13.8 peratus daripada RM1,552 pada 2012 kepada RM2,044 pada 2014.

Selain itu, beliau ber-kata pendapatan penengah kumpulan berkenaan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 13.9 peratus daripada RM1,540 pada 2012 kepada RM2,035 pada 2014.

“Kadar kemiskinan di Sarawak juga telah menurun pada kadar bawah satu peratus (0.9 peratus) pada tahun 2014 berbanding 2.4 peratus pada 2012.

“Jika diimbau 40 tahun lalu, lebih daripada separuh penduduk Sarawak berada di dalam kemiskinan dengan kadar 56.5 peratus (tahun 1976),” ujarnya ketika berucap merasmikan Seminar Transformasi Statistik ‘Senarai Pertubuhan Perniagaan Yang Mampan Melestarikan Statistik Yang Berkualiti’ anjuran Jabatan Perangkaan Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Justeru, beliau berkata statistik juga menunjukkan kadar pengangguran Sarawak menurun pada 2014 iaitu 3.1 peratus berbanding 4.4 peratus pada 2010.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan pada 2014, purata pendapatan isi rumah di Malaysia meningkat sebanyak 10.3 peratus setahun daripada RM5,000 pada 2012 kepada RM6,141.

Bagi golongan B40 pula, katanya, purata pendapatan telah mencatatkan peningkatan sebanyak 15.9 peratus daripada RM1,847 pada 2012 kepada RM2,537 pada 2014, manakala pendapatan bulanan penengah bagi kumpulan ini turut mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 17.5 peratus daripada RM1,852 pada 2012 kepada RM2,629 pada 2014.

“Bagi meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masya-rakat kelas menengah, melalui RMK11 (Rancangan Malaysia Ke-11), kerajaan telah menyasarkan pendapatan bulanan purata isi rumah ditingkatkan sekali ganda kepada RM5,270 dan pendapatan bulanan penengah isi rumah meningkat kepada RM5,701 pada tahun 2020,” jelasnya.

Berhubung seminar, Abdul Rahman berkata, penganjurannya adalah untuk memberi penerangan mengenai kepentingan kerjasama dalam membekalkan maklumat syarikat kepada Jabatan Pe-rangkaan bagi menghasilkan statistik yang berkualiti dan berintegriti.

Jelas beliau, ini kerana se-narai syarikat perniagaan yang komprehensif amat mustahak dalam aktiviti statistik.

“Senarai ini merupakan asas kepada aktiviti statistik iaitu penyediaan reka bentuk pensampelan yang efisien dan kos efektif,” katanya. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget