S4S bentuk CIA bertanding pada PRN

CIA menyasarkan untuk meletak seramai 42 calon di kawasan bandar dan luar bandar
PENDATANG BAHARU: Fong (empat kiri), Yeu (tiga kanan) serta yang lain semasa mengumumkan CIA akan bertanding pada PRN nanti di Sibu, semalam.
SIBU: Sarawak For Sarawakians (S4S) membentuk satu pakatan dikenali Calon Independent Alliance (CIA) bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bekas ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Fong Pau Teck mengumumkan perkara tersebut yang mengaitkan dirinya dengan S4S sekali gus membentuk CIA, sebuah badan tidak berdaftar mengenal pasti bakal calon PRN.

Beliau berkata CIA menyasarkan untuk meletak seramai 42 calon di kawasan bandar dan luar bandar.

“CIA terdiri daripada wakil-wakil calon bebas bukan sebuah parti politik dan tidak ada keperluan bagi kami untuk mendaftar.

“Kami kini mempunyai ramai ahli dan mengesahkan bertanding pada PRN akan datang,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama wakil-wakil CIA dari Miri, Kapit, Bintulu, Sibu dan Kuching.

Fong berkata, mereka mempunyai dua matlamat dalam ‘Aku Janji’ untuk memulihkan penentuan diri rakyat dan memulihkan kedudukan Sarawak di Malaysia dengan mengkaji semula perjanjian 18 perkara apabila Sarawak bekerjasama dengan orang lain membentuk Malaysia pada 1963.

Beliau mengalu-alukan orang ramai menyertai mereka jika berminat serta mempunyai matlamat yang sama untuk mencapai kejayaan bagi Sarawak.

Menurutnya, CIA berhasrat bertanding di 42 kerusi dan mereka berharap orang ramai dengan matlamat sama menyertai CIA bagi menguatkannya dan berpengaruh untuk rakyat Sarawak.

“Pintu CIA dibuka. Partiparti pembangkang seperti DAP boleh menyertai perikatan kami jika mereka mempunyai matlamat yang sama,” katanya.

Jelasnya, jika kerjasama dengan DAP boleh diusahakan kedua-duanya boleh menandatangani memorandum supaya mereka tidak bertindih kawasan bertanding pada PRN nanti.

Sebaliknya, mereka membantu satu sama lain semasa kempen PRN.

Sementara itu, Yeu Bang Keng dari Kapit berkata penubuhan CIA bukan menentang Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat.

Beliau berkata matlamat mereka adalah untuk mendekati rakyat Sarawak dalam perjuangan mereka.

“S4S adalah suara rakyat dan CIA merupakan pakatan yang membolehkan rakyat membuat keputusan apa yang mereka mahu dalam penentuan diri mereka,” tambahnya Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi talian 014-8830155, 019- 8617110, 012-8832885 dan 013-8164219.

- Borneo Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget