Ekonomi berkembang biarpun nilai ringgit susut, harga minyak turun



KUCHING: Ekonomi Malaysia terus berkembang meskipun berhadapan dengan penyusutan nilai ringgit dan penurunan harga minyak mentah dunia, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Dr Abdul Rahman Hasan.

Beliau berkata, bukti kejayaan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dapat dilihat kepada prestasi ekonomi semasa negara.

“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dikeluarkan jabatan bagi suku kedua tahun ini iaitu pada 13 Ogos 2015 telah mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus.

“Pertumbuhan ekonomi ini telah didorong oleh aktiviti permintaan dalaman yang rancak walaupun kita mengalami sedikit kekura-ngan dalam aktiviti luaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Transformasi Statistik ‘Senarai Pertubuhan Perniagaan Yang Mampan Melestarikan Statistik Yang Berkualiti’ anjuran Jabatan Perangkaan Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Abdul Rahman menambah struktur ekonomi terus kukuh didukung oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan yang menyumbang 76.6 peratus kepada KDNK.

Namun, katanya, sektor-sektor perlombongan termasuk minyak dan gas serta pertanian berkurangan kepada 17.9 peratus daripada KDNK. -Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget