Sarawak For Sarawakians Bukan Entiti Politik - Peter John


KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Fong Pau Teck dise-lar penganjur perhimpunan pada 22 Julai lepas kerana ingin menumpang populariti politik slogan Sarawak For Sarawakians (S4S) yang didakwa kian popular dalam kalangan rakyat Sarawak.

Peter John Jaban, jurucakap kumpulan penganjur perhimpunan memperingati tarikh kemerdekaan Sarawak sebenar seperti didakwa 22 Julai, menegaskan S4S bukan entiti politik.

Beliau yang geram dan kesal dengan tindakan bekas wakil rakyat DAP itu berkata, slogan tersebut bukan milik sesiapa yang ingin meraih sokongan politik.

Katanya, ia milik orang ramai yang ingin menuntut layanan adil terhadap Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia.

“Sarawak for Sarawakians tidak terbabit dalam pilihan raya. Kita adalah golongan pendesak yang berperanan menyuarakan luahan rakyat.

“S4S telah menyuarakan ketidakpuasan kerana wakil rakyat pekak dan bisu. Jika ahli politik mengambil alih S4S, rakyat Sarawak akan kembali seperti asal,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurutnya lagi, Fong dan rakan-rakan politiknya bebas untuk memilih nama bagi mewakili pergerakan mereka, tetapi bukan menumpang usaha gigih orang lain.

Baru-baru ini, di Sibu, Fong yang mengaitkannya dengan S4S memberitahu akan membentuk pakatan dikenali sebagai Calon Independent Alliance (CIA) bagi bertan-ding pada Piliha Raya Negeri (PRN) kelak.

Mereka berhasrat untuk bertanding di 42 kerusi.

- Borneo Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget