GST bantu negara ketika harga minyak jatuh: Najib

KANGAR: Hasil daripada Cukai Barang dan Perkhid-matan (GST) membantu kewangan negara ketika Malaysia berhadapan den-gan kejatuhan harga minyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Mujur kita ada GST, kalau tak ada GST, memanglah tertekan kewangan kita.
Tertekan sebab bila harga minyak merudum, bermakna dividen Petronas berkurangan, royalti berkurangan.
Daripada mana kita nak tampung banyak belanja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020, di sini, se-malam.
Najib berkata pelaksanaan GST bukan untuk menyusahkan rakyat dan beliau berpegang kepada prinsip ‘daripada rakyat kita akan kembalikan kepada rakyat’.
“Saya telah berjanji kepada rakyat bahawa (hasil) tam-bahan daripada GST ini kita akan paparkan dalam bajet akan datang ke arah mana kita belanjakan duit tambahan itu,” katanya.
Najib menjelaskan masalah berhubung GST timbul apabila ada peniaga yang tidak jujur dan memanipulasi keadaan.
“Seperti Shahidan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim) sebut dia (peniaga) tambah GST tetapi SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) dia tak mansuh,” katanya sambil menjelaskan GST kini dilaksanakan di 160 buah negara.
Sehubungan itu, Najib meminta orang ramai memilih peniaga yang jujur dan tidak mengambil kesempatan.
“Kita pilihlah tempat dan peniaga yang menjual barang dengan harga yang berpatutan,” katanya. — Bernama
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget