Kerajaan terperangkap dengan isu 1MDB


SHAH ALAM - Kerajaan sudah terlalu lama terperangkap dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga memberi kesan buruk terhadap imej negara.

Penganalisis politik, Dr Jeneri Amir berkata, penjelasan jelas dan fakta kuat sahaja mampu mengembalikan kepercayaan rakyat ketika ini.

“Perkembangan ini memberi kesan kepada survival kerajaan bukan sahaja dalam bidang politik tetapi dalam kepentingan negara yang lain.

“Kerajaan perlu segera keluar dari kemelut ini kerana isu 1MDB ini membelenggu negara,” katanya.

Kelmarin, Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador menggesa pihak terbabit dalam isu 1MDB supaya tampil memberi jawapan yang meyakinkan kepada rakyat.

Abdul Hamid turut menyifatkan tindakan menahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai perbuatan keji.

Dalam pada itu Jeneri berkata, kerajaan perlu membenarkan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap 1MDB dibuat dengan baik dan lancar.

“Kita tidak pasti sama ada betul atau tidak arahan tertentu itu, tetapi sepatutnya siasatan itu biarlah dibuat dengan telus tanpa ada gangguan.

“Kita jangan ganggu mereka kerana kesannya akan lebih buruk, rakyat akan letak persepsi lebih buruk sekiranya siasatan terganggu,” katanya.

Menurutnya, pihak yang terlibat juga perlu segera memberi kebenaran berhubung siasatan tersebut kerana ramai yang menantikan jawapan.

“Lebih cepat kebenaran itu dibuat lebih baik, jika dibiarkan lebih banyak andaian yang dibuat,” katanya.

- Sinar Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget