Cara BERSIH 4.0 di Sarawak berbeza dengan Semenanjung


KUCHING: Penganjuran Perhimpunan BERSIH 4.0 Sarawak berbeza dengan rakan di Semenanjung kerana ia bukan untuk menjatuhkan seseorang tetapi lebih memperjuangkan ekonomi lebih adil kepada rakyat.

Demikian kata penganjur Peter John Jaban semasa berucap di hadapan lebih 3,000 peserta Perhimpunan BERSIH 4.0 yang diadakan di padang Song Kheng Hai di sini, semalam.

Jelas Peter apa yang mahu ditunjukkan Sarawak adalah menjadi contoh kepada rakan di Semenanjung dalam mengadakan perhimpunan secara aman dan harmoni.

“Kami amat berterima kasih khasnya kepada pihak polis iaitu Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad kerana bukan sahaja membenarkan perhimpunan, tetapi menghormati permohonan kami.

“Maka itu saya mewakili penganjur juga mahu mengajak para peserta untuk bekerjasama dengan menghormati pihak polis serta pihak berkuasa lain,” katanya.

Menurut beliau, perhimpunan itu juga tidak dapat direalisasikan tanpa kelulusan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) membenarkan padang berkenaan sebagai venue.

“Hanya Sarawak yang tidak mempunyai masalah kebenaran dengan pihak polis, pihak majlis dan lebih lagi kerajaan negeri, khasnya Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang memberi ‘lampu hijau’ perhimpunan,” tegasnya.

Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus mengadakan perhimpunan mengikut cara Sarawak iaitu dalam keadaan aman, harmoni dan tidak ada keganasan.

Sementara itu Pengerusi BERSIH 4 Kuching Nicholas Mujah Ason berkata beliau teruja dengan respons yang ditunjukkan oleh peserta memandangkan ramai yang datang bersama menyokong mereka.

“Sarawak adalah amat besar dan jurang komunikasi juga besar, ini merupakan cabaran kepada kita untuk menganjurkan perhimpunan dan membawa bersama peserta dari luar.

“Bagaimanapun, kita berterima kasih kepada semua yang datang yang sangat menggalakkan dan berharap semua akan memberi kerjasama dengan mematuhi peraturan yang ditetap oleh polis,” tegasnya.

Jurucakap BERSIH 4, Karen Sheperd pula menjelaskan, perhimpunan berkenaan bukan untuk mengubah kerajaan tetapi membawa suara rakyat bagi menyampaikan hak mereka.

“Kita hanya mahukan pilihan raya yang lebih demokratik dan adil, itu yang disuarakan rakyat,” katanya.

Beliau memberitahu perhimpunan yang berterusan sehingga hari ini (30 Ogos) akan mengetengahkan beberapa acara sepanjang perhimpunan termasuk persembahan muzik, tayangan selain ceramah oleh speaker jemputan.

Selain mereka bertiga, antara yang turut berucap pada perhimpunan itu semalam ADUN Pending, Violet Yong, ahli jawatankuasa penganjur Awang Ahmad Ali dan tujuh lagi speaker lain yang dijemput.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Isu besar sekarang bukan soal ekonomi, semua tu hanyalah simptom dari amalan rasuah yang kian menular di negara kita. Masalah paling besar adalah, PM sudah menjadi bangsat yang sanggup makan rasuah dan salahguna kuasa.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget