SUHAKAM sokong kebebasan bersuara pelajar universiti


KUCHING: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyokong mewujudkan pembelajaran formal hak sivil dan politik di institusi pengajian tinggi dalam usaha meningkatkan kesedaran generasi muda.

Pengerusi SUHAKAM Tan Sri Hasmy Agam berkata, ia memberi pengalaman penting dalam diri pelajar sebagai proses menjadi warganegara bertanggungjawab dan pemimpin pelapis masa depan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes penggantungan dua pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kerana menjemput Ahli Parlimen untuk menyampaikan ceramah mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ceramah itu turut menyelar keputusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghukum sekumpulan pelajar kerana mengadakan dan menyertai perhimpunan aman.

Kata Hasmy, jika ada sekatan tidak munasabah terhadap hak kebebasan berfi kir, bersuara dan berpersatuan seperti tertakluk di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, ia wajar diperbaharui.

“Oleh itu SUHAKAM mengesyor pembaharuan terhadap undang-undang dan harus dilaksana segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Hamsy menjelaskan, pembaharuan itu termasuk pindaan Syeksen 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan semua universiti mengambil kira hak asasi pelajar dalam menggubal atau menguat kuasa peraturan di universiti.

Secara khusus kata Hamsy, universiti perlu memastikan bahawa penguatkuasaan peraturan tidak menyekat hak asasi pelajar termasuk hak mendapat maklumat, perbincangan isu nasional dan antarabangsa.

Tambahan pula, semua institusi pendidikan perlu berusaha memastikan kaedah dan peraturan tidak seharusnya ketat, dilaksanakan sewenang- wenangnya dan tidak seimbang dengan kebebasan bersuara.

“Ini kerana pelajar berhak mendapat hak sama rata terhadap sivil, politik, ekonomi, sosial dan budaya sebagaimana ahli lain dalam masyarakat,” katanya.

SUHAKAM turut menggalak semua pihak berkepentingan mengiktiraf perbincangan lebih bermakna termasuk isu nasional atau politik dalam mahupun luar kampus.

Ia katanya, bagi memberi ruang kepada pelajar menyatakan pendirian serta menerima idea termasuk maklumat dalam memberi inspirasi membentuk masyarakat adil dan mewujudkan kesedaran politik.

“Begitu juga halnya, penglibatan dan sumbangan pelajar adalah penting dalam memastikan penyertaan bersama generasi muda dalam proses politik dan membuat keputusan negara,” katanya. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget