Berdepan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Ekonomi untuk memastikan kemakmuran negara berterusan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Objektif jawatankuasa ini adalah untuk memastikan pertumbuhan dan momentum akan berterusan dan menjana kemakmuran dalam tempoh mencabar ini," katanya dalam Persidangan Cukai Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pagi Selasa.
Najib berkata beliau mengadakan mesyuarat tetap dengan kedua-dua pakar ekonomi dari dalam dan luar negara untuk membincangkan keadaan semasa.
Katanya, butiran mengenai jawatankuasa itu akan diumumkan kemudian
-Agenda Daily
Post a Comment