DAP larang Askar,Polis Semenanjung mengundi PRN Sarawak


KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mencabar Adenan dan SPR agar menghalang askar, polis dan mana-mana pengundi awal yang berasal dari Semenanjung untuk mengundi pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 ini.

"Jika benar Adenan Satem seorang Ketua Menteri yang memperjuangkan hak autonomi Sarawak, beliau harus menyekat atau menghalang pengundi dari Semenanjung untuk mengundi pada PRN ini", kata Chong.

Menurut Chong, ini adalah pilihanraya bagi menentukan ADUN Sarawak dan atas sebab itulah mereka (askar dan polis Semenanjung) tidak layak mengundi di Sarawak.

"Di kawasan saya, DUN Kota Sentosa, seramai lebih kurang 3,000 orang pengundi awal dan ianya meningkat seramai 600 pengundi. 80 peratus daripada mereka adalah dari Semenanjung", tambah beliau.

"Bagi kawasan Stakan pula, lebih kurang 40 peratus pengundi adalah daripada golongan askar dari Semenanjung", tegas Chong.

"Keadaan ini agak menjejaskan situasi sebenar pengundian di Sarawak kerana cara pengendalian pengundian itu (askar dan polis) tidak telus", kata Chong.-SarawakLive

Post a Comment

Chong takut kalah le tu....semua persepsi. Kalau nak komplen pasal pengundi, tujukan kepada SPR. Ni nak hantam Tok Nan pula. PUBLISITI MURAHAN!

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget