BN sentiasa fokus sumbang pembangunan seluruh negeri



BETONG: Kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) sentiasa fokus menyumbang pembangunan di seluruh negeri ini terutama di kawasan luar bandar.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rakyat harus terus bersatu di bawah BN membawa perubahan pembangunan terutama dari segi infrastruktur untuk dinikmati rakyat.

Menurutnya, usaha BN memperjuang dasar pembangunan berterusan dan fokus membela nasib rakyat diyakini dapat meneruskan langkah memastikan kepercayaan rakyat direalisasi-kan.

“Kalau dahulu rakyat ne-geri ini melalui kepayahan hidup dengan pelbagai dugaan dan rintangan namun atas dasar pembangunan berterusan diperkenalkan BN, sedikit demi sedikit kita berjaya membawa perubahan pembangunan dan merasai nikmat keselesaan hidup.

“Pembangunan dapat dilaksanakan jika kita terus bersatu hati dan memastikan keharmonian, kestabilan dan kerjasama erat dapat dikekalkan seiring dengan pembangunan ekonomi dan sosial,” katanya.

Fadillah berkata dalam usaha merancang pembangunan diinginkan perlu melihat keperluan mengikut keutamaan dan urutan merujuk kepada kemampuan kerajaan dan ekonomi semasa.

“Di sinilah kita perlu bijak merancang ekonomi mengikut situasi agar kita tidak berhutang sebaliknya berbelanja mengikut kemampuan,” jelasnya.

Oleh itu, rakyat harus meyakini perjuangan BN dan bukan seperti pembangkang yang sengaja memutar belit fakta agar rakyat keliru dan menyokong mereka.

“Pembangkang juga membawa budaya perkauman yang bukan budaya kita di Sarawak ini.

“Pada masa sama, jentera parti harus mempertahan sebarang tohmahan dilemparkan,” katanya pada majlis perjumpaan bersama jentera PBB Ranting Kam-pung Masjid/Passa di rumah ketua ranting di sini Isnin lalu.

Beliau juga meluluskan permohonan masyarakat kampung yang diusulkan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang pada pertemuan tersebut.

Permohonan berupa geran RM100,000 bagi membeli sebuah van keperluan masya-rakat Kampung Melayu menghantar bekalan kuih-muih tradisional tempatan untuk dijual ke Kuching.

Selain itu beliau berjanji membawa usul menambah baik pembangunan dan pra-sarana Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir Betong yang diluluskan tapak pembesaran atau bina baharu kerana ruang amat sempit dan kurang kondusif.

Membina sebuah pintu gerbang mercu tanda Kampung Melayu Betong dan mereka bentuk struktur binaan menerusi kementeriannya.

Menaik taraf sistem per-paritan di bawah program Pembesaran Kampung Melayu Betong dengan merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum memberi sebarang jawapan berhubung permohonan tersebut.

Turut hadir calon BN Layar Gerald Rentap Jabu, Ketua Wanita PBB Dato Sri Empiang Jabu, anggota kanan BN Persekutuan serta barisan ahli BN Negeri.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget