Ramasamy, minta maaf sahaja tak cukup


JORDAN - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ‎berkata, tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya terhadap Dr Zakir Naik adalah sesuatu yang sangat tidak bertamadun.

Asyraf berkata, tindakan Ramasamy yang hanya meminta maaf di atas insiden itu tidak mencukupi bagi membersihkan kata-kata yang dilemparkan ke atas pendakwah terkemuka itu.

‎"Saya rasa DAP hanya menyerlahkan sikap hiprokrasi yang tertinggi kerana parti itu selalu sebut mengenai hak kebebasan bersuara tetapi jelasnya mereka ‎mengamalkan hak kebebasan terpilih.

"Yang melibatkan kepentingan mereka akan bersuara tetapi apabila hak orang lain yang bertentangan dengan kehendak mereka, pihaknya mengatakan mereka tidak memperjuangkan perkara itu," katanya ‎kepada Sinar Online ketika mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di Irbid, Jordan, hari ini.

Tegas Asyraf, Ramasamy sebagai seorang pentadbir harus bertanggungjawab bahkan perlu meletak jawatan sebagai timbalan ketua menteri kerana kenyataannya itu tidak menggambarkan beliau sebagai orang nombor dua dalam sebuah kerajaan negeri.

Selasa lalu, Ramasamy mengakui ada menulis perkataan ‘Satan’ di status Facebooknya yang merujuk kepada pendakwah dari India itu.

Ramasamy dalam kenyataannya berkata, beliau kesal dengan tindakannya itu sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya umat Islam di negara ini.

Dr Zakir Naik hadir ke Malaysia bagi membuat 'tour' ceramahnya sepanjang bulan ini.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget