"Anak pemanca" mahu tembak calon BN Marudi?



KUCHING: Suhu kepanasan politik di pekan kecil ini semakin mendidih dan di luar daripada kebiasaan ekoran daripada konflik yang berlarutan antara SPDP dengan Teras.

Datuk Sylvester Entri Muran yang namanya diumumkan sebagai calon kerusi Marudi oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem tidak disenaraikan sebagai calon mewakili Teras. Sebaliknya, Datu Dr Penguang Manggil dari SPDP disebabkan pengaruh dan popularitinya yang mencanak.

Penguang Manggil dan juga Ketua Penerangan Pemuda SPDP Jaya Ramba yang juga seorang penulis kreatif terkenal menerima empat ancaman bunuh antara pukul 1 dan 3 pagi semalam.

Akhbar harian itu memetik Penguang sebagai berkata, “Saya mengambil ancaman ini secara serius dan mahu pihak berkuasa berkaitan menyiasatnya dengan segera”

Menurut laporan media beliau didatangi empat orang yang tidak dikenali ketika berjalan ke arah bank dari hotel berhampiran di Marudi pada pukul 1.30 petang semalam.

Menurut laporan itu, dengan cara yang menakutkan, empat individu memberitahu Penguang akan ditembak oleh seorang “anak pemanca”.

Penguang yang disifatkan mempunyai peluang cerah untuk menang di situ akan menentang Elia Bit dari PKR dan calon Bebas Louis Julong pada 7 Mei ini.

Marudi dapat dikategorikan antara kawasan panas ekoran perbalahan sengit antara SPDP dan Teras. – Sarawakvoice.com

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget