Pakar propaganda, Exco UMNO disekat masuk Sarawak, kempunan midin belacan



KUCHING: Exco UMNO Wangsa Maju, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai blogger Papagomo telah disekat masuk Sarawak tengahari tadi.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK)kira-kira jam 12.125 tengahari tadi dengan penerbangan Air Asia AK8672 dari Kuala Lumpur.

Papagomo dihantar pulang pada penerbangan seterusnya.

"Saya tak kecil hati dengan larangan untuk saya masuk ke Sarawak. Pada saya itu adalah hak kerajaan negeri. Dan lepas PRN saya boleh ke Sarawak so tidak ada apa marah dalam hal ini", ujar beliau.

Penulis blog kontroversi itu juga turut berkata sinis bahawa beliau amat berterima kasih dengan Kerajaan Negeri Sarawak kerana 'mengiktiraf' beliau sebagai 'pakar propaganda'.

"Saya datang cuma nak selesaikan sedikit urusan selain nak makan mee kolok, nasi ayam penyet dan midin belacan",tambah beliau.

Papagomo merupakan orang kedua dari senarai exco UMNO disekat masuk Sarawak selepas Dato'Jamal Mohd Yunos, penganjur Himpunan Baju Merah.-SarawakLive

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget