PKR parti pengecut: DAP


KUCHING: "PKR adalah sebuah parti yang pengecut kerana pada PRN Sarawak kali ini mereka hanya datang untuk mengikat kaki dan tangan DAP", kata Tanasekharan semalam.

Beliau merupakan ADUN Bagan Dalam, Pulau Pinang yang dijemput untuk sesi ceramah DAP di Kota Padawan semalam amat kesal dengan tindakan PKR mengkhianati perjanjian pembahagian kerusi untuk PRN Sarawak.

DAP bertembung dengan PKR sebanyak 6 kerusi DUN termasuk Batu Kitang, Mambong, Simanggang, Ngemah, Murum dan Mulu.

Tanasekharan dalam ceramah yang sama turut mempertikai isu salahlaku pemimpin negara yang terlibat dalam skandal 1MDB. Menurut beliau, nilai wang yang hilang sekarang telah mencecah ke RM4.2billion dan sebahagiannya digunakan untuk pilihanraya Sarawak.

"Kerajaan perlu mengutamakan masalah rakyat tanpa mengira kaum serta fahaman politik", tambah beliau sambil menegaskan bahawa rakyat adalah pembayar cukai dan wang itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara.

"Saya yakin, tidak mustahil suatu hari nanti DAP akan dapat menubuh kerajaan di Sarawak".-SarawakLive

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget