Keyakinan yang kental itu berdasarkan sokongan
padu daripada jentera parti, kata Abang Johari
KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yakin menang dengan
cemerlang di semua tujuh kerusinya di bahagian Samarahan pada Pilihan Raya
Negeri (PRN) ini.
Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata,
keyakinan itu berdasarkan sokongan daripada jentera parti.
“Berdasarkan sokongan daripada jentera parti kami yakin dapat menyapu
bersih tujuh kerusi PBB di bahagian Samarahan.
“Malahan ia juga atas sokongan rakyat kepada polisi Ketua Menteri
sebagai pengerusi BN yang menekankan pembangunan luar bandar,” katanya pada sidang
media selepas Mesyuarat Persiapan Jentera Pilihan Raya PBB Bahagian Samarahan
di ibu pejabat PBB di sini, semalam.
Tujuh kerusi DUN PBB di bahagian Samarahan ialah Asajaya, Muara Tuang,
Stakan (kerusi baharu), Gedong (kerusi baharu), Simunjan, Sebuyau dan Sadong
Jaya.
Menurut Abang Johari, malahan kini Samarahan merupakan model terbaik
transformasi luar bandar di bawah polisi kepimpinan Ketua Menteri.
“Samarahan menjadi satu wadah kepada pembangunan luar bandar di negeri
ini dan ia adalah hasil daripada polisi beliau yang memberi penekanan kepada
infrastruktur serta sumber manusia dari luar bandar.
“Maka itu merasakan semangat tinggi dan yakin akan mencapai kemenangan
cemerlang dapat dicapai di semua kerusi Samarahan,” katanya.
Abang Johari berkata, pemimpin PBB pada masa yang sama turut menyokong
pendirian Ketua Menteri dalam tindakannya menghalang beberapa ahli politik yang
datang ke Sarawak dengan tujuan menggugat perpaduan rakyat negeri ini.
Katanya golongan sedemikian sewajarnya dihalang masuk ke negeri ini bagi
mengelak mereka menghakis perpaduan pelbagai kaum yang ada.
Turut hadir penyandang dan
calon BN di bahagian Samarahan iaitu Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
(penyandang-Asajaya), Datuk Idris Buang (muka baharu-Muara Tuang), Datuk Seri
Mohd Ali Mahmud (kerusi baharu-Stakan), Aidel Lariwoo (penyandang-Sadong Jaya),
Datuk Julaihi Narawi (penyandang-Sebuyau) dan Awla Dris (muka baharu-Simunjan). – Utusan Borneo.
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.