Kabinet mansuh “lain-lain”


KOTA SAMARAHAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penggunaan ‘lain-lain’ yang merujuk kepada Bumiputera Sarawak dalam dokumen dan borang rasmi kerajaan dimansuhkan serta-merta.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ia selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat sebelum ini dan telah diluluskan baru-baru ini.

“Kabinet telah meluluskan untuk mengganti ‘lain-lain’ dalam dokumen rasmi kerajaan kepada mengikut suku kaum yang telah dipersetujui Jemaah Menteri.

“Saya telah mengeluarkan arahan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pengarah JPN Negeri untuk melaksanakan perkara ini dengan segera agar rakyat Sarawak tidak menggunakan kategori ‘lain-lain’ lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Bahagian Samarahan yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di pekarangan tempat letak kereta Dewan Suarah Samarahan di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, keputusan Jemaah Menteri itu adalah kerana kerajaan persekutuan menyedari bahawa ia adalah permintaan paling dekat dengan rakyat Sarawak melalui kerajaan negeri dan diperjuangkan menteri-menteri dari Sarawak dalam kabinet persekutuan.

Sementara itu, dalam hal berkaitan imigresen dan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau pekerja asing, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan persekutuan menghormati Akta Imigresen kerajaan negeri dan tindakan yang ingin dilaksanakan.

“Walaupun kita mempunyai perbezaan (akta) tetapi Jabatan Imigresen khasnya Kementerian Dalam Negeri akan memberi dukungan kepada setiap dasar yang mahu dilaksanakan kerajaan negeri termasuk memantau, menyekat dan meletakkan tanggungjawab untuk menghantar balik PATI,” jelasnya.

Malah, katanya, beliau akan membantu menyampaikan permohonan lain Sarawak secara terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk undang-undang yang dipersetujui dipegang dan dilaksanakan kerajaan negeri.

“Perkara ini harus dihormati dan ia bukan sahaja dari segi undang-undang tetapi juga perjanjian sedia ada yang harus dilihat semula dan kita bersedia mempertimbangkan permohonan atau pindaan dipohon kerajaan negeri.

“Saya sendiri akan membawa perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberikan perakuan ini,” tegasnya.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan bukan sahaja melantik menteri atau timbalan menteri untuk berada di Parlimen bagi menyuarakan hasrat rakyat negeri ini, tetapi meneliti permintaan yang telah dikemukakan kerajaan negeri melalui menteri atau Ahli Parlimennya.

Wakil Sarawak di Dewan Rakyat, kata beliau, telah menyuarakan hasrat dan suara hati rakyat Sarawak untuk diterjemah dalam bentuk pelaksanaan berbanding wakil dari parti lain, yang hanya pandai membuat aduan tanpa membawa pembangunan.

- Borneo Post Online

Post a Comment

It is again the political gimmick of UMNO to gauge support from Dayaks coming election. Dayaks, please wake up.... don't listen this Malayan Minister bullshit. If the Federal Government is truly sincere, lets start with the amendment in the Federal Constitution by reinstating Borneo States of Sarawak and Sabah in accordance with the Malaysia Agreement 1963 and Inter Governmental Committee Report as EQUAL PARTNERS with Federation States of Malaya.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget