Azmin 'dihalau' keluar Sarawak


KUCHING: Pencabulan demokrasi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 berterusan, Kerajaan negeri itu mengarahkan Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk keluar dari Sarawak sebelum 2 Mei ini.

Ini dipercayai bagi menghadkan pertemuan Menteri Besar Selangor itu dengan rakyat Sarawak yang bakal menjalankan kewajipan mereka sebagai pengundi pada 7 Mei nanti.

Mohamed Azmin bagaimanapun berkata, tempoh singkat yang diberikan itu sama sekali tidak mematahkan usaha beliau untuk menyelami suara hati pengundi rakyat negeri kaya dengan sumber hasil bumi itu.

“Walaupun tempoh saya di Sarawak dipendekkan imigresen, saya akan menggunakan masa berharga ini sepenuhnya untuk memahami suara hati pengundi dan berkongsi visi kami untuk perubahan,” tulis Mohamed Azmin pada ‘page’ rasmi facebook beliau, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum itu memuat naik gambar dokumen perjalanannya ke Sarawak yang tertera cop ayat ‘Dibenarkan untuk masuk dan tinggal di Sarawak / Malaysia sehingga 05/02/2016′ dan mempersoalkan tindakan tersebut.

“Imigresen Sarawak mengarahkan saya keluar dari Sarawak pada 2 Mei 2016. Arahan siapa?,” tulis Mohamed Azmin.

Azmin yang tiba di Kuching pagi tadi telah mengadakan lawatan di beberapa lokasi di Satok bersama calon Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kerusi tersebut, Mohd Salleh Shawkatali

Ketibaan Mohamed Azmin mendapat sambutan menggalakkan pengundi yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekati dan beramah mesra bersama beliau.

Beliau turut dilihat menyantuni beberapa warga emas yang sedang menikmati sarapan pagi di kawasan tersebut.

Tindakan terbaru kerajaan itu mengesahkan dakwaan seorang pimpinan KEADILAN, Zakaria Hamid yang sebelum ini mendakwa pelawat yang masuk ke Sarawak perlu meninggalkan negeri itu sebelum hari pengundian.-Keadilan Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget