PRN Sarawak: Bebas rasuah, calon Satok tampil kelainan


KUCHING 28APRIL: Anak kelahiran Satok, Mohamed Salleh Shawkat Ali tampil dengan kelainan di pentas ceramah KEADILAN di Batu Lintang malam tadi.

Bakal berhadapan dengan penyandang kerus N.8 Satok, Datuk Abang Johari Openg, anak muda berusia 35 tahun itu mengenakan sarung tangan putih, simbolik dirinya yang bersih dari sebarang rasuah dan salahguna kuasa.

“Saya pertama kali bertanding, ini (sarung tangan) simbolik saya seorang yang bersih.

“Anak muda di Sarawak saya rayu untuk lakukan perubahan, jangan kita takut untuk bersuara di negeri kelahiran sendiri, kita yang akan pimpin negeri dan negara ini,” katanya disambut tepukan.

Terdahulu, kira-kira 200 penyokong yang terdiri dari masyarakat tempatan hadir ke ceramah tersebut walaupun hujan turun sejak petang di sekitar Kuching.

Dalam ucapannya, Salleh turut menegaskan untuk membawa perubahan dan menyelesaikan masalah dihadapi rakyat Satok jika diberikan mandat dalam pilihan raya akan datang.

“Saya ini kecil kalau dibandingkan dengan Abang Johari yang bertanding untuk penggal ke-8 kali ini.

“Namun jika sebelum ini pengundi boleh beri beliau 7 penggal di Satok, kenapa tidak cuba beri saya peluang pada penggal ini.

“Saya mahu buktikan saya mampu berkhidmat dengan baik kepada rakyat di tempat kelahiran saya Satok dan negeri Sarawak,” kata usahawan itu lagi.-Keadilan Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget