Manifesto Barisan Nasional Sarawak mengandungi 15 perkara utamakan rakyat


KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, telah melancarkan manifesto bagi pilihan raya negeri ke-11 di Bilik Persidangan, Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di Jalan Bako, di sini sebentar tadi.

Barisan Nasional (BN) menjadi parti politik pertama melancarkan manifesto bagi pilihan raya negeri ke-11. Sementara itu, PKR dan DAP mengumumkan manifestonya bersama dijadual jam 11 pagi ini, disusuli parti pembangkang tempatan termasuk SNAP.

Manifesto BN bertemakan 'Beri Peluang Kepada TeamAdnan #theAdnanWay dengan menggariskan 15 perkara utama dalam usahanya mengekalkan kemenangan penting pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 7 Mei depan.

Selain itu, Manifesto BN diterbitkan dalam empat bahasa - Bahasa Malaysia, Inggeris, Iban dan bahasa Cina, turut memuatkan perutusan Adenan.

"Manifesto PRN kali ini, mengandungi 53 prinsip dan tindakan, dengan rangkuman kepada dua perkara utama iaitu komitmen sudah dilakukan BN sejak dua tahun lalu serta perancangan untuk masa depan," jelas Adenan pada sidang media di sini.- Sarawakiana

Berikut senarai 15 teras utama dalam manifesto PRN BN:
1. Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya
2. Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita
3. Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak
4. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka
5. Melindungi dan memulihara alam semulajadi
6. Mempertingkatkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik
7. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
8. Mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi
9. Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan
10. Meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi
11. Mengiktiraf dan membangunkan potensi belia demi masa depan kita
12. Memajukan pendidikan dan latihan teknikal
13. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak
14. Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan
15. Industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan transformasi luar bandar.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget