PAS amat relevan untuk rakyat Sarawak



SAMALAJU, 26 April 2016 : PAS bukan digagaskan hanya untuk kepentingan umat Islam sahaja. Bahkan ia amat terbuka kepada rakyat multirasional di negara ini.

Menyahut agenda parti , calonnya Zharudin Narudin berterusan dalam usaha memperkenalkan nama baik PAS kepada penganut agama lain.

Pada Mei 2015 lalu, beliau telah membuat program ziarah sempena Hari Gawai ke rumah panjang di Jalan Bintulu - Tatau.

Sementara itu, pada awal Januari 2016, beberapa siri ziarah telah dilaksanakan seperti menghadiri majlis perkahwinan anak Tuai Rumah Iban di dun Jepak.

Selain itu, pada Mac 2016, sebuah liputan video khas telah dihasilkan seusai siri ziarah pengundi berbahasa Mandarin.

Kelebihannya yang fasih bertutur dalam bahasa Vaie Bintulu, Iban dan Manadarin telah membuatkannnya diterima dalam usaha memperkenalkan PAS kepada rakyat.

Justeru, PAS amatlah relevan untuk rakyat berbilang kaum di Sarawak.-PAS.ORG.MY

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget