Pemimpin tidak amanah, punca rakyat Sarawak miskin: Nik Abduh


MIRI: Mesej besar yang kita (PAS) ingin sampaikan ialah sejahtera untuk semua, demikian menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz di dalam ucapan beliau di Idaman Cafe, Saberkas.

Ucapan tersebut disuarakan ketika Majlis Makan Malam dan Pelancaran Manifesto N72 Lambir dan N74 Pujut, 25 April lalu.

Menurut beliau, Sabah dan Sarawak sepatutnya menjadi sebuah negeri yang paling maju di dalam Malaysia memandangkan kepulauan itu kaya dengan hasil bumi.

Jelasnya, pemerintah tidak menjalankan amanah dengan telus dalam pengagihan hasil bumi kepada rakyat yang menyaksikan jurang antara kelompok kaya dan kelompok miskin yang sangat besar.

Justeru kedatangan PAS adalah untuk menjadi suara kepada rakyat yang sebahagian besar tidak mendapat hak yang sepatutnya.

Beliau menjelaskan bahawa calon yang dihantar oleh PAS untuk bertanding di Sarawak adalah calon-calon yang berkaliber dan berpotensi.

Beliau menyeru agar perubahan dilakukan bermula dari rakyat untuk menentukan undi siapa yang akan terus memerintah Sarawak.

"PAS akan bersama dengan rakyat," tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Ceramah pelancaran manifesto itu memperlihatkan calon-calon PAS menawarkan empat agenda utama untuk DUN masing-masing, iaitu dari aspek pendidikan dan kemahiran rakyat, kesihatan dan kebajikan rakyat, ekonomi dan kemudahan rakyat, dan berkenaan isu pemilikan tanah rakyat sebagai janji mereka kepada rakyat sekiranya diberi mandat.-PAS.ORG.MY

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget