Rakyat diingat terus bersatu padu menyokong BN


LUNDU: Rakyat negeri ini diingatkan untuk terus bersatu padu dalam menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) sekali gus menepis segala anasir negatif dari luar yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.

Menyuarakan saranan itu, Pengarah Operasi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N3 Tanjong Datu Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, masyarakat setempat juga harus menerima dengan hati terbuka setiap calon yang dipilih Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk mewakili BN.

“Saya ingin mengingatkan selepas nama calon diumumkan, terimalah dengan hati terbuka. Tidak perlu wujud penindasan atau membantah atau membangkit isu itu dan ini.

“Sepatutnya kita menyokong 100 peratus di belakang Adenan selaku pengerusi BN, sebab itu juga saya turut mengingatkan parti-parti lain, tetapi parti PBB saya tahu, kita adalah parti tulang belakang BN Sarawak.

“Justeru, inilah masa sesuai kita menunjukkan kekuatan dan kepimpinan kita sekali gus membuktikan kemampuan kita dalam membangunkan negeri ini khusus untuk seluruh rakyat negeri ini,” katanya yang juga merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Taklimat Perundangan PRN11 untuk Jentera PRN N3 Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu di sini, semalam.

Tambah beliau lagi, sudah tidak ada masa untuk berbalah, sebaliknya masa yang ada ini digunakan untuk sama-sama mencipta formula kemenangan serta mengekalkan kecemerlangan Adenan khasnya dan negeri Sarawak amnya.

“Saya memohon supaya kita memberi mandat besar kali ini kepada Adenan untuk tempoh lima tahun lagi supaya beliau dapat membangunkan negeri ini serta memperjuangkan hak-hak rakyat secara keseluruhannya,” tegasnya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget