Adenan umum 3 baki kerusi, lengkapkan 82 calon BN Sarawak


KUCHING: Adenan Satem sebentar tadi telah mengumumkan 3 orang baki calon sebagai melengkapkan senarai 82 kerusi calon BN sarawak untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 akan datang.

Ding Kuong Hiing dari SUPP sebagai bakal calon DUN Meradong,  Henry Harry Jineb dari SPDP bakal bertanding mewakili kerusi BN di DUN Tasik Biru dan Dr. Penguang Mangil dari SPDP di DUN Marudi.

Sebelum ini, pada PRN10 Sarawak tahun 2011 yang lepas, kerusi-kerusi tersebut sememangnya disandang oleh parti asal sekaligus mendatangkan keresahan terhadap parti TERAS yang berharap agar Adenan memihak kepada mereka, seperti UPP yang diberi kepercayaan bertanding di 6 kerusi.

Desas-desus mengatakan UPP dan TERAS bakal dimansuhkan selepas PRN Sarawak ke 11 ini menjadi viral namun belum ada kenyataan rasmi dari kedua-dua wakil parti tersebut.

Bagi kerusi Pakatan Harapan Sarawak pula, senarai calon akan diumumkan dalam masa terdekat sebagai mengesahkan senarai saingan sengit berbanding pilihanraya Sarawak pada tahun-tahun sebelum ini.-SarawakLive

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget