'Kerajaan BN adalah kerajaan syaitan, kata Aziz Isa'

KUCHING: Kerajaan BN adalah kerajaan syaitan, kata calon DAP N.13 Batu Kitang dalam ceramahnya di Kin Soon Cafe, Kota Padawan malam tadi.

"Kita tidak mahu Sarawak terus diperintah oleh syaitan-syaitan yang ada sekarang, maka sebab itulah kamu semua mesti mengundi DAP", tegas beliau.

"Saya berjanji jika saya menang, saya akan berkhidmat kepada semua kaum, bukan sahaja Melayu tetapi Cina, Iban dan Bidayuh", ujar beliau lagi.

Dalam ceramah yang sama, Aziz turut menegur segelintir petugas di Majlis Perbandaran Padawan yang bersikap malas sehinggakan rakyat di kawasan tersebut dijangkiti penyakit.

"Mereka hanya duduk di dalam bilik berhawa dingin sahaja tetapi rakyat menanggung derita"

"Jalan masuk ke Kampung Landeh sehingga sekarang gelap tidak berlampu",tambah Aziz.

Dalam ceramah yang sama, Aziz menyatakan bahawa GST yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah menindas rakyat yang berpendapatan kecil dan sederhana.

"Subsidi yang diperuntukan kepada rakyat ditarik balik dan projek hanya diberi kepada kroni  membuktikan kerajaan BN tidak mementingkan rakyat sebaliknya hanya mementingkan diri mereka sendiri", kata Aziz lagi.

Aziz turut menegaskan bahawa Najib (Perdana Menteri) masih sehingga sekarang terlibat dalam skandal politik yang menjijikkan.

"Rosmah Mansor adalah wanita yang amat membazir dan teruk. Setiap wang yang dibelanjakan adalah duit dari hasil bumi Sarawak", kata Aziz.

Berkenaan pertembungan sengit 5 kerusi DUN Batu Kitang, Aziz menyatakan bahawa beliau tidak pernah gentar untuk bertanding melawan sesiap sahaja.

"Dr. Sim (SUPP) lari ke DUN Batu Kawa kerana takut dengan saya di Batu Kitang". -SarawakLive 

Post a Comment

"Dr. Sim (SUPP) lari ke DUN Batu Kawa kerana takut dengan saya di Batu Kitang"

Hahaha...

hahahha..lari lari lari abd aziz dah dtg..mari kita lariii

hahaha..lari lari lari..abd aziz dh dtg juh lari..

I x like u...
Tok boknya muka bertalam...
Org mcm tok berdarah panas org seberang... bukan keperibadian org sarawak...
Org swak sopan santun...
Boh nak loba...
I don't... i seriously don't like him

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget