STAR yakin sapu bersih lima kerusi di wilayah tengah


KUCHING: Parti Reformasi Negeri (STAR) Sarawak melahirkan keyakinan tinggi untuk menyapu bersih lima kerusi di wilayah tengah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 ini.

Lima kerusi itu adalah Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan dan Nangka yang masing-masing ditandingi Moh Hiong King, Mary Ting Yiik Hong, Wong Sing Wei, Priscilla Lau dan Simon Tiong Ing Tung.

Lau bagi mewakili calon di kawasan itu memberitahu, penyandang di kerusi terbabit sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Parti Tindakan Demokratik (DAP) gagal melaksanakan tugas dengan baik meskipun rakyat telah memberi mereka peluang untuk berkhidmat sebelum ini.

“Mereka (penyandang kerusi) telah diberi peluang selama bertahun-tahun namun tidak memberi banyak sumbangan kepada rakyat dan pasukan STAR mampu melakukan tugas itu dengan baik,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lau juga seorang peguam turut menggesa supaya pengundi di kawasan untuk memberi mereka peluang memperjuang hak asas seperti pendidikan dan pembangunan asas.

“Kami rakyat yang mahu berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Jangan undi atas sebab kawan, tetapi undi jika anda rasa saya, dan pasukan kami dapat membawa masa depan lebih baik untuk anda dan anak,” katanya.

Pada sidang media tersebut Presiden STAR Sarawak Lina Soo mengumumkan 12 calon bakal bertanding dalam PRN11, termasuk di dua kerusi baru iaitu Serembu dan Bukit Semuja.

Tujuh calon lain ialah Mura Kadir di Tanjung Batu, Teo Kuang Kim (Padungan), Buln Ribos (Serembu), Johnny Aput (Bukit Semuja), Marcus Kanyong (Bukit Begunan), Mohammed Annuar Abd Hamid (Jepak) dan Chieng Lea Phing (Tanjong Batu).

Menurut Lina, parti itu akan menampilkan dua lagi calon namun nama mereka hanya akan diumumkan pada hari penamaan calon iaitu esok.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding namun tidak mengulas lanjut kerana ia sedang dimuktamadkan dan menambah, barisan calon itu dipilih dua minggu lalu selepas pemilihan jawatankuasa parti.

“Ini merupakan barisan calon kuat, selepas kali terakhir menyertai pilihan raya pada 2006, kami semua bersedia untuk menang.

“Kita merupakan parti tempatan prorakyat yang mahu memperjuangkan hak Sarawak dan status politik Sarawak,” katanya.

STAR Sarawak turut melancarkan manifesto pilihan raya yang memperjuang slogan poli

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget