PKR kutuk ancaman terhadap wartawan di media sosial


PKR hari ini mengutuk peredaran gambar wartawan Malaysiakini Kow Gah Chie di media sosial, yang menyebabkan portal itu memanggil balik wartawan yang membuat liputan pilihan raya negeri Sarawak atas sebab-sebab keselamatan.

Ini berikutan laporannya memetik ADUN BN Nangka, Dr Annuar Rapaee, yang kemudian dinafikan oleh Annuar sebagai mengelirukan.

"Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan laporan tersebut, mereka sepatutnya berinteraksi dengan wartawan, contohnya dengan mengeluarkan penafian (malah rakaman ucapan serta penafian Dr Annuar dalam perkara tersebut telahpun disiar Malaysiakini).

"Ini adalah langkah yang lebih demokratik dan bertamadun berbanding ugutan melalui media sosial," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan.

Beliau juga menggesa Kow untuk membuat laporan polis terhadap peredaran gambar yang mengancam keselamatannya supaya mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

"Saya berharap tidak akan ada lagi insiden di mana wartawan diugut sepanjang PRN Sarawak ini. Biarlah wartawan melapor dengan bebas, agar rakyat dapat membaca dan menilai laporan-laporan media ini dan membuat pertimbangan terbaik demi Sarawak," katanya.

Terdahulu, Ketua Editor Malaysiakini Steven Gan juga mengutuk siasatan polis terhadap Kow berhubung laporannya. Kow disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan.

Kow dalam laporannya memetik Annuar sebagai berkata bahawa umat Islam di Sarawak tidak seharusnya mensia-siakan peluang untuk memimpin majoriti penduduk di negeri itu.

Ketika ditemui selepas itu, Annuar menafikan beliau menggunakan sentimen kaum dan agama.

- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget