Dr. Roland keluar SPDP



MIRI: Bekas Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Dr Roland Dom Mattu, semalam mengumumkan beliau akan bertanding sebagai calon Bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) di kerusi baharu N.78 Mulu pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) pada 7 Mei depan.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini semalam, Dr Roland mengesahkan beliau sudah meletak jawatan secara rasmi dan surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing semasa mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Sibu, Ahad lalu.

“Saya seperti juga perasaan pengundi dan penyokong parti di Mulu, berasa amat kecewa dengan pemilihan calon di kerusi berkenaan, lebih-lebih lagi, saya sendiri tidak dipilih sebagai calon di kawasan ter-sebut meskipun sudah kerap mengadakan kunjungan ke segenap kawasan.

“Lebih mengecewakan kami kerana kerusi itu tidak diberi kepada SPDP, sebaliknya diberi kepada calon langsung dan ini tidak adil sama sekali,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan beliau di pejabatnya di sini, semalam.

Dr Roland mengulangi bahawa N.78 Mulu, sebuah kerusi baharu diwujudkan selepas persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan wajar diberikan kepada SPDP kerana Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau juga daripada SPDP.

Dr Roland mengakui beliau telah banyak berkorban demi parti itu, untuk penduduk di kawasan berkenaan dan banyak menyumbang kepada Mulu, selain kerap melawat pengundi di sana sejak lebih 10 minggu yang lalu bagi mendengar rungutan dan rasa tidak puas hati mereka.

Beliau turut menawarkan khidmat perubatan percuma dan rawatan kepada mereka yang memerlukan, di samping memberi ceramah kesihatan terutama mengenai kebersihan dan pemuliharaan air bersih, menjelaskan mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan sebagainya.

“Sebab itu, saya menyer-tai SPDP kerana saya mahu mempunyai platform untuk diri saya bagi membantu rakyat dan mengambil isu-isu yang melibatkan rakyat di Mulu, dengan niat ikhlas mahu membangun dan memajukan mereka.

“Saya telah turun ke kawa-san itu sejak lebih 10 minggu lalu untuk bertemu penduduk luar bandar di sana, jadi saya telah mendengar suara mereka dan cuba memahami masalah yang mereka hadapi dan keperluan mereka dengan lebih baik,” katanya.

Dalam lawatan terbaharu-nya, Dr Roland memberitahu bahawa beliau mengadakan pertemuan dengan penyokong dan pengundi di Long Lellang serta kesemua lapan orang ketua kaumnya, enam orang daripada suku kaum Penan dan dua lagi daripada suku kaum Kelabit.

Katanya penduduk turut melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang menamakan seorang calon langsung di DUN Mulu.

Dr Roland iaitu seorang pakar perbidanan dan sakit puan serta ketua perkhidmatan perubatan di Hospital Columbia Asia di sini, merupakan salah seorang ahli pengasas SPDP pada 2003.

Beliau kemudian dilantik sebagai naib presiden kanan parti itu sejak 2014 sehingga beliau meletak jawatan pada 17 April lalu.

Mengenai keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas di Mulu pada PRN ini, Dr Roland berkata alasannya ialah beliau banyak berkorban dan melakukan yang terbaik untuk penyokong dan peng-undi di kawasan berkenaan selama ini dan merasakan beliau perlu meneruskan misi- nya berjuang untuk rakyat Mulu dan berkhidmat kepada mereka.

“Saya perlu meletak jawatan daripada SPDP jika mahu terus berjuang atas platform saya sendiri dan jika saya mahu terus menjadi suara rakyat,” ujarnya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Dia ini cuma mementingkan kemahuan sendiri. Tak dapat jadi pemimpin atau wakil rakyat yang berjaya.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget