#PRNSarawak11: Pembangkang Semakin Ketandusan Isu


Sejak beberapa hari selepas hari penamaan calon, rata-rata ceramah yang dimainkan oleh pihak pembangkang hanyalah sekadar mengetengahkan isu 1MDB, GST, UMNO dan keakraban hubungan antara Ketua Menteri Sarawak dan Perdana Menteri.

Mengapakah pihak pembangkang hanya membawa isu nasional ke Sarawak sedangkan kesemua itu ternyata sudah berakhir.

Perkara yang dibangkitkan dalam ceramah oleh kebanyakan calon Democration Action Party (DAP) adalah :-

1. Mengapakah Adenan menyokong Najib dan UMNO?
2. UMNO dan BN Sarawak dua kali lima.
3. Adenan tunjuk belang.
4. GST
5. 1MDB

Menjawab kepada segala persoalan tersebut ialah:-

1. Adenan menyokong kepimpinan Najib adalah kerana Najib sentiasa komited berusaha membangunkan Sarawak menjadi sebuah negeri yang pesat membangun.
2. UMNO dan BN Sarawak adalah berbeza kerana UMNO pasti TIDAK AKAN masuk ke Sarawak sepertimana yang ditegaskan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebelum ini.
3. Tunjuk Belang??? Apakah yang dimaksudkan dengan tunjuk belang ini? Adakah kerana Adenan menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang kemasukan pihak pembangkang ke Sarawak? Ini adalah kerana Saarawak tidak menginginkan kuasa luar yang sentiasa menyampaikan putarbelit serta melahirkan amalan politik kebencian dan juga politik samseng di Sarawak.
4. Isu GST adalah isu lapuk kerana negara-negara luar lebih tinggi nilai GST disbanding dengan Malaysia.
5. Isu 1MDB sudah ternyata kebenarannya dan isu 1MDB merupakan isu nasional yang tidak perlu untuk dibawa ke Sarawak dalam meraih simpati pengundi.

Apakah yang ingin ditawarkan DAP kepada rakyat sekiranya menang dalam pilihanraya ini kelak.

Semuanya langsung tidak pernah dijelaskan selain bercerita kelemahan BN.

Apa yang pasti DAP hanya merayu meraih simpati rakyat untuk memperoleh kemenangan.-Sarawak Live

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget