KUCHING: Larangan ke atas Pengerusi Gabungan NGO Malaysia yang juga
pemimpin UMNO Datuk Jamal Md Yunos masuk ke Sarawak masih dianggap tidak adil
kepada pemimpin politik daripada Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian menegaskan
bahawa walaupun kerajaan negeri semalam menghalang pemimpin UMNO itu masuk ke
Sarawak, tindakan itu masih tidak sama dengan apa yang dilakukan terhadap ahli
politik daripada PH.
“Baharu seorang ahli BN UMNO dihalang masuk ke Sarawak, ia masih tidak
adil bagi saya, kalau boleh larangan ini tidak ditetapkan kepada individu
tertentu daripada PH sahaja juga daripada BN (dari Semenanjung),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara itu
selepas sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di sini, semalam.
Pada masa sama Baru mendakwa bahawa halangan terhadap Jamal hanya untuk
mendapat perhatian daripada rakyat Sarawak dan kerajaan negeri di bawah Ketua
Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem masih menyalah guna hak autonomi
yang ada di negeri ini.
“Kita semua tahu Jamal ini bagaimana orangnya, beliau sering membuat
masalah dan ia bukan sesuatu yang memeranjatkan mengapa beliau dihalang masuk
ke negeri ini,” tambahnya.
Semalam, Jamal bersama rombongan telah dihalang masuk ke Sarawak sebaik
sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira jam 11.30 pagi.
Beliau bersama tiga lagi
rakannya, Ariffin Abu Bakar, Rahim Ibrahim dan Razali Zakaria dihalang masuk
mengikut Seksyen 65 (1) A Akta Imigresen 1957/63. – Utusan Borneo.
Post a Comment
Penghasut macam ni memang tak layak memijak bumi kenyalang. Kita disini tau nak tadbir negara sendiri, orang malaya tak payah nak campur tangan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.