PRN Sarawak: KEADILAN teruskan agenda, pertahan 6 kerusi bertindih



KUCHING: KEADILAN menegaskan untuk meneruskan agenda bagi memenangi seberapa banyak kerusi di kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kali ini.

Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar berkata begitu dalam satu sidang media di Bilik Gerakan Utama (BGU) parti itu di sini pada Rabu.

“Kita akan teruskan agenda kita di dalam Sarawak ini sekaligus untuk kemenangan calon-calon kita di semua kawasan.

“Saya tahu pengundi-pengundi Sarawak ini bijak, mereka akan faham situasi yang lebih dalam dengan memberi harapan mereka (pengundi) akan membuat satu keputusan yang akan kita nampak nanti pada 7 Mei,” ujar Xavier.

Beliau sementara itu turut mempertahankan enam calon bagi kerusi Batu Kitang, Mambong, Ngemah, Siamanggang, Murum dan Mulu yang terbabit dalam pertindihan kerusi.

“Keadilan ingin menegaskan bahawa kita meletakkan calon-calon kita dengan alasan dan faktor kelayakan cukup kuat,” tegasnya lagi.

Pada PRN kali ini, KEADILAN mempertaruhkan Paul Baya, seorang aktivis masyarakat yang gigih dalam memperjuangkan nasib masyarakat setempat di kerusi N78 Mulu. manakala Peguam , Abun Sui Anyit yang mewakili banyak kes berkenaan Hak Adat Bumiputera (NCR) pula dicalonkan KEADILAN di kerusi baru N66 Murum.

Sementara itu penerima Anugerah Khas Pengetua dan Guru Besar dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010, Thomas Laja akan bertanding untuk merampas kerusi N49 Ngemah.

Manakala kerusi N19 Mambong dan N32 Simanggang bakal ditandingan Willie Mongin dan seorang calon profesionall berpofile tinggi, Norina Umoi Otot, bekas Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan dan Industri Dayak yang bakal membawa perubahan besar dalam penglibatan wanita di Dewan Undangan Negeri.

Selain itu jelas Xavier, Calon kerusi N.13 Batu Kitang, Voon Shiak Ni pula adalah seorang peguam yang telah menjalin hubungan baik dengan rakyat di kawasan tersebut sejak lebih 15 tahun lalu.

“Kami harap pengundi di Sarawak dapat memberikan undi mereka kepada calon-calon KEADILAN bagi masa depan negeri ini selain menafikan penguasaan besar BN di dewan undangan negeri,” jelasnya.-Keadilan Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget