Mufti Perlis sambut baik percalonan Juanda wakili BN


PETALING JAYA: Pencalonan Datuk Dr Juanda Jaya sebagai calon BN pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 disambut baik Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Malah Asri berharap, bekas mufti Perlis itu dapat melakukan kebaikan dan bercakap benar sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat kelak.

“Tahniah buat sahabat baik saya, Datuk Dr Juanda Jaya yang terpilih sebagai calon PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) bagi DUN N44 Jemoreng, Sarawak.

“Semoga Allah berkati dan dijadikan ia asbab untuk menegakkan kebaikan dan kebenaran,” tulis Asri menerusi muatnaik terbaharu Facebook hari ini.

Terdahulu, Dr Juanda diangkat mewakili parti PBB bagi kerusi N44 DUN Jemoreng diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Dr Juanda dan Asri sebelum ini pernah disebut antara ulama yang cuba dipancing PKR untuk diangkat menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pada PRN kali ini, sejumlah 82 kerusi dipertandingkan, termasuk 11 kerusi baru iaitu Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.

- FMT

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget