PRN11: BN Sarawak perlu menamakan lapan lagi calon


KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu mengumumkan lapan lagi calon untuk Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) selepas mengumumkan 74 calon setakat ini.
Lapan calon itu adalah bagi kerusi Tasik Biru, Krian, Meradong, Pakan, Meluan, Pelawan, Marudi dan Ba’Kelalan.
Enam daripada kerusi itu pernah ditandingi SPDP pada pilihan raya lalu, pada 2011, iaitu Tasik Biru, Krian, Pakan, Meluan, Marudi dan Ba’Kelalan manakala SUPP pernah bertanding di Meradong dan Pelawan.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang juga pengerusi BN Sarawak telah me-wujudkan duluan dengan menamakan calon-calon parti itu sebelum hari penamaan calon.
Suruhanjaya Pilihan Raya dijadual bermesyuarat di Kuching hari ini untuk membuat keputusan mengenai tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam pilihan raya yang akan menyaksikan pertan-dingan untuk 82 kerusi, lebih 11 daripada tahun 2011 berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Berikut adalah senarai 74 calon yang diumumkan setakat ini:
1. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem (PBB) – Tanjong Datu
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) – Pantai Damai
3. Dr Hazland Abang Hipni (PBB) – Demak Laut
4. Fazruddin Abdul Rahman (PBB) –  Tupong
5. Sharifah Hasidah Sa-yeed Aman Ghazali (PBB) – Samariang
6. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (PBB) – Satok
7. Peter Pau (SUPP) – Padungan
8. Milton Foo Tiang Wee (SUPP) – Pending
9. Sih Hua Tong (SUPP) – Batu Lintang
10. Wilfred Yap (SUPP) – Kota Sentosa
11. Lo Khere Chiang (SUPP) – Batu Kitang (kerusi baharu)
12. Datuk Dr Sim Kui Hian (SUPP) – Batu Kawah
13. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) – Asajaya
14. Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (PBB) – Stakan (kerusi baharu)
15. Datuk Roland Sagah Wee Inn (PBB) – Tarat
16. Dato Sri Michael Manyin (PBB) – Tebedu
17. Maclain Ben @ Martin Ben (PBB) – Kedup
18. Aidel Lariwoo (PBB) – Sadong Jaya
19. Datuk Mohd Na-roden Majais (PBB) – Gedong (kerusi baharu)
20. Datuk Julaihi Narawi (PBB) – Sebuyau
21. Simoi Peri (PBB) – Lingga
22. Razaili Gapor (PBB) – Beting Maro
23. Snowdan Lawan (PRS) – Balai Ringin
24. Datuk Mong Dagang (PRS) – Bukit Begunan
25. Datuk Francis Harden Hollis (SUPP) – Simanggang
26. Malcom Mussen Lamoh (PRS) – Batang Ai
27. Ricky @ Mohd Razi Sitam (PBB) – Saribas
28. Gerald Rentap Jabu (PBB) – Layar
29. Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB) – Bukit Saban
30. Datu Len Talif Salleh (PBB) – Kuala Rajang
31. Abdullah Saidol (PBB) – Semop
32. Datuk Seri Huang Tiong Sii (SUPP) – Repok
33. Alexander Vincent (PRS) – Ngemah
34. Allan Siden Gramong (PBB) – Machan
35. Chieng Buong Toon (SUPP) – Bukit Assek
36. Dr Annuar Rapa’ee (PBB) – Nangka
37. Datuk Fatimah Abdullah (PBB) – Dalat
38. Yussibnosh Balo (PBB) – Telian (kerusi baharu)
39. Abdul Yakub Arbi (PBB) – Balingian
40. Christopher Gira (PRS) – Tamin
41. John Sikie Tayai (PRS) – Kakus
42. Wilson Nyabong Ijang (PRS) – Pelagus
43. Tan Sri Datuk Amar James Masing (PRS) – Baleh
44. Liwan Lagang (PRS) – Belaga
45. Chuk Pai (PRS) – Murum (kerusi baharu)
46. Datuk Talib Zulpilip (PBB) – Jepak
47. Datuk Dr Stephen Rundi Utom (PBB) –         Kemena
48. Majang Renggie (PRS) – Samalaju (kerusi baharu)
49. Ripin Lamat (PBB) – Lambir
50. Datuk Sebastian Ting (SUPP) – Piasau
51. Datuk Lee Kim Shin (SUPP) – Senadin
52. Dennis Ngau (PBB) – Telang Usan
53. Datuk Abdul Rahman Ismail (PBB) – Bukit Kota
54. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (PBB) – Bukit Sari
55. Paulus Palu Gumbang (TERAS/calon langsung) – Batu Danau
56. Rosey Yunus (TERAS/calon langsung) – Bekenu
57. Datuk Dr Jerip Susil (UPP/calon langsung) – Mambong
58. Dr Johnical Rayong Ngipa (UPP/calon langsung) – Engkilili
59. Datuk Idris Buang (PBB) – Muara Tuang
60. Awla Dris (PBB) – Simunjan
61. Shafie Ahmad (PBB) – Daro
62. Datuk Dr Juanda Jaya (PBB) – Jemoreng
63. Mohd Chee Kadir (PBB) – Kabong (kerusi baharu)
64. Jefferson Jamit Unyat (PBB) – Bukit Goram (kerusi baharu)
65. Datuk Abdul Wahab Aziz (PBB) – Kalaka
66. Datuk Ambrose Blikau (PBB) – Katibas
67. Miro Simuh (PBB/calon langsung) – Serembu (kerusi baharu)
68. John Ilus (PBB/calon langsung) – Bukit Semuja (kerusi baharu)
69. Datuk Gerawat Gala (PBB/calon langsung) – Mulu (kerusi baharu)
70. Datuk Pau Chiong Ung (SPDP/calon langsung) – Tanjung Batu
71. Ranum Mina (UPP/calon langsung) – Opar
72. Datuk Tiong Thai King (UPP/calon langsung) – Dudong
73. Dato Sri Wong Soon Koh (UPP/calon langsung) – Bawang Assan
74. Datuk Hii King Chiong (UPP/calon langsung) – Pujut
Gerald Rentap, 42, dan Allan Siden, 30, akan bertanding di kawasan yang disandang bapa ma-sing-masing Timbalan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Gramong Juna selama sembilan penggal.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komo-diti Persekutuan Datuk Amar Douglas Uggah Embas dikatakan bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri jika beliau me-menangi kerusi Bukit Saban. — Bernama

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget