Adenan umum 6 calon PBB, 3 calon Langsung


Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan nama 9 calon Barisan Nasional(BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 nanti.

Berikut adalah senarai nama 9 calon BN yang akan mewakili kerusi Parti Pesaka Bumiputera   (PBB) dan calon langsung diumumkan dalam sidang media tengah hari tadi.

Seramai enam calon BN mewakili PBB iaitu;

1. N16 Muara Tuang Dato' Idris Buang

2. N25 Simunjan Awla Dris

3. N43 Daro Shafiee Hj Ahmad

4. N44 Jamoreng Datuk Juanda Jaya

5. N40 Kabong Mohd Chee Kadir

6. N63 Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat

Dua daripada enam kerusi berkenaan merupakan kerusi baharu melalui persempadanan semula DUN Baharu.

Manakala bagi calon Langsung BN pula adalah;

N18 Serembu Miro Simuh

N23 Bukit Semuja John Ilus

N78 Mulu Gerawat Jala

Walaubagaimanapun , ketika ditanya oleh pihak media, Adenan mengesahkan dua kerusi bagi DUN Kalaka yang diwakili oleh Datuk Wahab Abdul Aziz dan DUN Katibas diwakili Encik Ambrose Blikau akan dipertahankan oleh penyandang asal .-Sarawak Live

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget