'BN tabur janji, rakyat Pantai Damai muak: PAS Sarawak'



Baru-baru ini, Bilik Gerakan PAS Pantai Damai didatangi sekumpulan penduduk daripada UPU Kampung Pulau Salak bagi menyatakan permasalahan yang dihadapi. Dalam kesempatan pertemuan tersebut, mereka mengambil kesempatan meminta bendera PAS untuk dikibarkan di UPU Kampung Pasir Salak sebagai tanda sokongan kepada PAS yang bakal bertanding di DUN Pantai Damai pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan menjelang tiba.

Kampung Pasir Salak adalah salah sebuah UPU yang terletak di dalam Dun Pantai Damai yang mempunyai kira-kira 500 pengundi berdaftar. Ia merupakan sebuah pulau di Sungai Salak atau juga dikenali sebagai Batang Salak.

Dalam pertemuan jentera petugas PAS Pantai Damai ke Kampung Pasir Salak baru-baru ini, masyarakat sudah tidak takut menzahirkan sokongan mereka kepada PAS. Jentera petugas PAS Pantai Damai disambut dengan kibaran megah panji PAS di kediaman mereka. Ini adalah satu signal bahawa rakyat sudah muak dengan parti sedia ada dan dahagakan perubahan.

Salah seorang penduduk ketika ditemui, berkata, antara permasalahan yang dihadapi mereka adalah bekalan air bersih dan hanya bergantung kepada bekalan air telaga sahaja. Janji-janji yang ditaburkan oleh Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas hanya sebagai modal bagi meraih undi penduduk dan tidak ditunaikan sehingga kini.

Selain mendengar rintihan rakyat, jentera petugas PAS Pantai Damai turut menerangkan kepada masyarakat bahawasanya PAS bukan sahaja sebuah parti politik, bahkan sebuah gerakan dakwah yang mengajak masyarakat menghayati keindahan Islam.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini, PAS Sarawak telah mengumumkan kesebelas calon yang bertanding di 11 Dun termasuk Dun Pantai Damai yang meletakkan Zainal Abidin Yepni sebagai calon PAS bagi Dun N04 Pantai Damai.-PAS.ORG.MY

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget