Adenan gagal, BN Sarawak jauh ketinggalan: PKR


KUALA LUMPUR 20 APRIL: Tindakan Barisan Nasional (BN) Sarawak meletakkan hanya lima calon wanita daripada 82 kerusi untuk dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 menunjukkan kegagalan Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem menangani isu pengundi wanita di seluruh negeri itu.

Pengarah Pilihan Raya Wanita KEADILAN, Haniza Talha berkata, walaupun BN menambah satu kerusi (5 daripada 82 kerusi ataupun 6%) dalam PRN kal ini berbanding 2011 (4 kerusi daripada 71 kerusi atau 5.6%), namun ia tidak memberi sebarang impak.

DEMI SARAWAKSebaliknya kata Haniza, KEADILAN akan meletakkan enam calon wanita, termasuk Batu Kitang dan Simanggang, daripada sejumlah 40 kerusi yang dipertandingkan, sekaligus membentuk 15% dan mencerminkan kenaikan dari 4% kerusi wanita yang ditandingi pada PRN 2011.

“BN Sarawak jauh ketinggalan di mana negara maju menggalakkan kesaksamaan gender dan penyertaan wanita dalam politik. Peningkatan satu calon wanita dari BN masih tidak bersesuaian untuk mewakili pengundi wanita Sarawak.

“Lima wanita untuk mewakili sejumlah 571,462 wanita di Sarawak adalah tidak wajar dan satu tindakan diskriminasi terhadap wanita.

“Ketidakseimbangan penyertaan wanita ini akan membawa kepada jurang gender yang lebih besar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Haniza (adun tmn medan) @ 22.09.2011 045Jelas Haniza, Malaysia kini jauh ketinggalan dari negara jiran Indonesia di dalam The Global Gender Gap Index dan langkah BN meletakkan hanya lima calon wanita dari 82 kerusi akan menjadikan Malaysia menyimpang lebih jauh.

Justeru, beliau yang juga Naib Ketua Wanita KEADILAN menggesa pengundi di Sarawak mengundi lebih ramai calon wanita supaya suara wanita didengari dan dasar yang lebih mesra gender dapat digubal dan diluluskan bagi merapatkan jurang gender.

“Sarawak memerlukan wakil yang seimbang dari segi gender supaya Adun-Adun wanita negeri boleh membawa perkara-perkara yang berkaitan
dengan wanita dan keluarga ke persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Demi wanita, undilah KEADILAN kerana KEADILAN memahami wanita,” ujar Adun Taman Medan itu.

Berdasarkan The Global Gender Gap Index 2015 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum, Malaysia jatuh pada kedudukan ke-111 berbanding kedudukan ke-107 pada 2014 daripada 145 buah negara dengan skor kesaksamaan gender sebanyak 0.65.-Keadilan Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget