DAP perlu hormat usaha PKR: Ketua AMK Puncak Borneo


Saya tidak bersetuju sekiranya DAP ingin bertanding di DUN Mambong. Sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Puncak Borneo, saya turut membantah tindakan DAP yang mengetepikan solidarity Pakatan Harapan sebagai satu entity untuk menentang Barisan Nasional untuk mengubah polemic politic di Sarawak amnya dan mengubah scenario politic Bidayuh khasnya.

Sebagai anggota dalam Pakatan Harapan, mereka harus menghormati usaha dan pencapaian KPI yang telah digariskan untuk setiap bakal calon PKR yang jelas menunjukkan commitment mereka kepada rakyat walaupun dengan sumber yang amat terhad.

Dengan kenyataan ini, saya menggunakan kapasiti saya sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Puncak Borneo, untuk merayu kepada penduduk DUN Mambong untuk memberi sokongan penuh kepada Saudara Willie Mongin sebagai calon Parti Keadilan Rakyat di Mambong.

Saya juga tidak menyelar dan memperkecilkan keupayaan calon DAP, Saudara Sanjan Daik untuk bertanding di DUN Mambong sebagai wakil pembangkang. Tetapi biarlah kita melihat dari semua sudut dan kemungkinan untuk memenangi kerusi DUN Mambong dan bukannya meletakan kepentingan dan publicity diri mendahului kepentingan dan aspirasi rakyat yang telah lama diabaikan oleh Barisan National.

Sekian.

Musa Anak Ngog
Ketua Angkatan Muda (AMK)
Cabang Puncak Borneo.

-SarawakLive

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget