Idris Buang desak Milton Foo keluar BN


KUCHING: Penolong Ketua Penerangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Pending, Milton Foo dikecam oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berhubung tindakannya mempersoalkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meletakkan calon langsung BN di beberapa kerusi tradisi SUPP.

Antara yang melahirkan rasa tidak gembira terhadap kenyataan Foo ialah Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Idris Buang yang kemudian mendesak Foo keluar dari BN.

Tegas beliau, Foo telah menunjukkan tidak hormatnya kepada Adenan.

“Adalah lebih baik beliau keluar dari BN…beliau telah menunjukkan tidak hormat kepada pemimpin nombor satu negeri yang berhak membuat keputusan memilih calon boleh menang untuk BN pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 ini.

“Beliau sepatutnya menerima keputusan Ketua Menteri dan memberi sokongan penuh untuk memastikan kemenangan BN dan bukannya mengkritik serta mempersoalkan keputusan Ketua Menteri selaku pengerusi BN Negeri,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Idris turut menyifatkan Foo sebagai bukan sahaja melanggar batasan malah cuba menikam Adenan dari belakang.

“BN tidak seharusnya menerima beliau,” katanya.

Foo menerusi satu kenyataan telah menyatakan bahawa beliau sangat kecewa dengan tindakan Adenan mengumumkan calon langsung BN baru-baru ini.

Beliau menyifatkan tindakan Adenan itu jelas berpihak kepada satu pihak sahaja tanpa berunding dengan parti komponen BN untuk mendapat persetujuan bersama.

Foo menambah, tindakan Adenan itu tidak hanya melanggar persetujuan dalam kalangan parti komponen BN termasuk SUPP tetapi mengabaikan kesetiaan parti komponen.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Good move Mr. Foo. Keep your courage and move forward.
for me, no element of "disrespect" found in letter.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget