Lim Kit Siang pertikai Adenan berkenaan pembahagian kerusi SUPP


Bintangor: Lim Kit Siang mempertikai keputusan Adenan yang tidak tetap berkenaan pembahagian kerusi BN Sarawak untuk pilihanraya yang diumum baru-baru ini.

Berucap semasa program "Kopitiam Talk with Lim Kit Siang" di Bintangor malam semalam, beliau menegaskan bahawa Adenan tidak sepatutnya bertindak tidak adil kepada parti-parti komponen BN yang sudah lama setia bersama BN.

Selain itu, Kit Siang menyatakan bahawa pilihanraya kali ini adalah penentu kepada kepimpinan Najib Razak.

"Undi Adenan bermaksud anda undi Najib. Jika anda mahu singkirkan Najib, jangan undi Adenan atau BN pada pilihanraya kali ini", tegas Kit Siang.

Sebagai Pengerusi DAP Malaysia, Lim Kit Siang menegaskan bahawa rakyat di DUN Meradong perlu tahu 1MDB adalah sebuah syarikat milik kerajaan yang telah korup.

"Maka atas sebab itulah rakyat DUN Meradong jangan undi Adenan", ujar beliau.

Lim Kit Siang yang hadir sebagai membantu jentera pilihanraya DAP untuk DUN Meradong itu telah merasmi bilik gerakan pilihanraya DAP Meradong sebelum itu pada sebelah petang.

DUN Meradong merupakan kerusi yang disandang oleh Ting Tze Fui dari DAP setelah mengalahkan calon SUPP pada PRN Sarawak ke 10 yang lepas.-SarawakLive

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget