DAP gagal beri maklum balas – Baru Bian


PETALING JAYA: PKR menyalahkan DAP yang gagal memberikan maklum balas sehingga tengah malam tadi dan menyebabkan berlaku pertandingan antara kedua parti itu di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Ruang untuk berbincang dengan DAP tetap terbuka hingga hari terakhir sebelum penamaan calon, dan kami juga telah menyampaikan cadangan untuk menyelesaikan isu ini, malangnya tidak mendapat maklum balas DAP sehingga tengah malam tadi,” kata Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, perbincangan untuk memutuskan jumlah kerusi yang akan ditandingi calon PH dalam pilihan raya berkenaan bukanlah mudah.

“PKR hanya menyerahkan watikah kepada 35 orang calon tidak termasuk kerusi bertindih kerana proses perbincangan masih berjalan,” katanya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menandatangani watikah kepada 35 calon PKR manakala selebihnya diberi restu oleh Presiden kepada Baru untuk menyelesaikan kerusi yang bertindih.

DAP menganggap tindakan PKR itu yang tetap calon di kawasan yang telah diersetujui diberikan kepada DAP sebagai mungkir janji

Pertembungan antara DAP dan PKR melibatkan lima kerusi iaitu Batu Kitang, Mambong, Ngemah, Simanggang and Murum.

“Musuh utama kita ialah Barisan Nasional dan beberapa kerusi yang ada pertindihan, kita berharap dapat bersatu untuk menumbangkan BN,” katanya lagi.

Baru berkata, jumlah kerusi DUN yang ditandingi PKR adalah kurang berbanding PRN ke-10 yang lalu.

Ini kerana, katanya, PKR hanya memilih calon yang berusaha bersungguh-sungguh di kawasan masing-masing dam PKR meminta pengundi Sarawak untuk mengundi dengan bijak.

Proses penamaan calon PRN-11 berlangsung hari ini, manakala hari membuang undi ditetapkan pada 7 Mei ini.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget